Saturday, November 6, 2010

My Liverpool Kosmo! News: Sekat Gerrard


GERRARD, pemain tengah Liverpool yang perlu diawasi oleh Chelsea.


LIVERPOOL – Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti percaya satu-satunya cara untuk menewaskan Liverpool pada pertemuan Liga Perdana England hari ini ialah dengan menyekat pemain tengah, Steven Gerrard.
Skuad The Blues akan kekal berada di tangga teratas Liga Perdana England dengan kelebihan sekurang-kuranganya lima mata andai berjaya menewaskan Liverpool hari ini.
Chelsea sekali lagi akan beraksi tanpa kelibat pemain tengah, Frank Lampard yang masih dibelenggu masalah kecederaan pangkal paha.
Begitupun, Michael Essien dan Florent Malouda masing-masing dijangka kembali memperkuatkan barisan pemain Chelsea. Ancelotti sendiri yakin pasukannya mampu mengulangi kejayaan paling bermakna menewaskan Liverpool musim lepas.
Dia percaya pemain tengah, Essien, John Obi Mikel dan Yuri Zhirkov akan memainkan peranan penting dengan menyekat kemaraan Gerrard yang dianggap sebagai pemain terbaik Liverpool oleh rakan sepasukannya sendiri, Jamie Carragher selepas menjaringkan hatrik ketika menentang Napoli dalam Liga Eropah minggu lepas.
“Kami harus memberikan 100 peratus untuk menang kerana Gerrard kini berada pada prestasi terbaik,” jelas Ancelotti.
“Kejayaan ke atas Napoli memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat mereka dan kami harus bersedia untuk memberikan saingan sengit dan kekal fokus sepanjang permainan.”
Ancelotti juga percaya kejayaan 2-0 Chelsea ke atas Liverpool Mei lalu tidak boleh dijadikan pengukur untuk pertemuan kali ini.
“Ia merupakan perlawanan paling penting musim lepas dan juga kunci kejayaan untuk kami muncul juara,” tambah Ancelotti.
“Namun kini kami berdepan dengan pasukan yang berbeza. Mereka kini mempunyai pengurus baru dan meskipun berdepan dengan beberapa masalah pada awal musim, namun mereka tetap bangkit dan mencatat kemenangan pada tiga perlawanan terakhir.
“Kami harus menganggap mereka sebagai salah satu pasukan terbaik di England dan kami akan berusaha untuk menewaskan mereka.” – AFP

Friday, November 5, 2010

My Liverpool Kosmo! News: 'Waspada ancaman Liverpool'

Kosmo! Online - Sukan

LONDON - Didier Drogba mengingatkan rakan-rakan sepasukannya supaya lebih berhati-hati pada pertemuan menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana England malam esok.

Penyerang Chelsea itu berkata, ini kerana skuad The Reds makin menunjukkan peningkatan selepas mempamerkan aksi yang hambar pada awal musim ini.

Chelsea akan berjunjung ke Anfield dengan tahap keyakinan yang tinggi selepas berjaya menewaskan Spartak Moscow 4-1 pada saingan Liga Juara-Juara kelmarin.

Begitupun, Liverpool sudah mula menunjukkan peningkatan selepas skuad kendalian itu mencatat kemenangan kedua berturut-turut ke atas Bol- ton Wanderers minggu lalu.

Lantaran itu, penyerang Ivory Coast itu mengingatkan rakan- rakan sepasukannya agar berwaspada dengan ancaman dari- pada Liverpool yang dilihat mampu mencipta kejutan.

"Tidak ada sesuatu yang baik buat kami (Chelsea) apabila perlu berkunjung ke Anfield kerana mereka (Liverpool) merupakan sebuah pasukan yang hebat.

"Saya percaya, mereka pasti akan menggunakan perlawanan menentang kami ini sebagai permulaan untuk kembali bangkit setelah bermula hambar pada awal saingan musim ini. Jadi... kami perlu berhati-hati.

"Memang benar kami tidak pernah gentar berdepan mana- mana pasukan sekalipun tetapi kini kami bakal berdepan satu tugas getir apabila menentang kelab seperti Liverpool yang mana ia pasti menjadi perlawanan yang istimewa," jelas Drogba.

Dalam pada itu, Chelsea turut menerima perkhabaran gembira apabila kapten John Terry dijangka akan kembali diturunkan selepas pulih daripada kecederaan selain Frank Lampard yang turut bersedia kembali beraksi. - AFP

My Liverpool Kosmo! News: Hodgson terhutang budi

Kosmo! Online - Sukan


GERRARD (kiri) meledakkan hatrik untuk membantu kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Napoli pada aksi Liga Europa awal pagi semalam.

LIVERPOOL, England - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson mengakui yang beliau merasa terhutang budi kepada Steven Gerrard selepas menang 3-1 ke atas Napoli pada aksi Liga Europa awal pagi semalam.

Pada pertemuan di Anfield, kapten The Reds tersebut beraksi cemerlang dengan meledakkan hatrik, sekali gus membantu kemenangan skuad bimbingan Hodgson itu.

Pada awalnya, Liverpool gagal mempamerkan aksi yang menarik selepas mereka ketinggalan seawal minit ke-28 menerusi jaringan Ezequiel Lavezzi.

Begitupun, Liverpool kembali mendapat rentak selepas pemain tengah England itu dimasukkan pada babak kedua.

Gerrard menghukum kesilapan bekas pemain pertahanan Liverpool, Andrea Dossena dan penjaga gol pasukan pelawat, Morgan de Sanctis untuk menghadiahkan gol pertama The Reds pada minit ke-75.


Dua minit sebelum permainan tamat, Gerrard menyempurnakan sepakan penalti selepas Glen Johnson mengasari Salvatore Aronica dan satu minit selepas itu dia melengkapkan hatrik.

"Persembahan Gerrard sangat cemerlang," kata Hodgson.

"Pada separuh masa pertama, kami bermain agak baik. Kami tidak bernasib baik kerana memboloskan satu gol selepas melakukan kesilapan.

"Kemasukan Gerrard telah mengubah segala-galanya. Ia merangsang penonton dan pasukan. Cara dia menjaringkan gol pertama sangat berkeya- kinan.

"Semangat sebenar pasukan ditonjolkan pada babak kedua.

"Kami rasa terhutang budi kepada Gerrard tetapi dia adalah orang pertama yang menyokong saya dengan berkata, persembahan pasukan pada babak kedua sangat baik.

"Saya rasa malam ini (awal pagi semalam), persembahan kami sangat menakjubkan. Gol pertama sangat cantik.

"Itu adalah gol yang dijaringkan oleh kapten, gol daripada pemain yang mahukan pasukan ini bangkit semula. Kami sangat menghargainya." - Agensi

Thursday, November 4, 2010

My Liverpool News: Liverpool's victory over Napoli cannot mask the challenge facing Damien Comolli



Roy Hodgson upbeat over Damien Comolli's arrival at Liverpool
Welcome to Anfield: Roy Hodgson says Damien Comolli's arrival at Liverpool will allow him to concentrate on coaching the first team Photo: ACTION IMAGES
Little more than 24 hours after his appointment as the club’s director of football strategy, the Frenchman took his seat at Anfield for a first glimpse at the resources he has agreed to mould, amend and improve. Liverpool must really hope he likes a challenge.
If any evidence were needed that this is a club which has been run in the short-term on a long-term basis, it came in much of the first XI which manager Roy Hodgson chose to face a full-strength Napoli side.

[Read More]+

Wednesday, November 3, 2010

My Liverpool News: Hodgson welcomes Comolli appointment

 

Liverpool manager Roy Hodgson is keen to embrace the arrival of new director of football strategy Damien Comolli as the club's new owners make plans for a revamped "leadership group".

 

The former Tottenham sporting director has been recruited from St Etienne to overhaul the Reds' transfer policy and scouting activities.

Hodgson insists the impact of the Frenchman's arrival will be positive as it will allow him to concentrate on coaching the first-team and claims it creates a working environment he is more than comfortable with.

 

[Read More]+

Monday, November 1, 2010

My Liverpool News In Utusan: Liverpool keluar kancah bahaya

 

BOLTON, England – Pengurus Liverpool, Roy Hodgson berdebar menunggu kemenangan pertama berturut-turut Reds dalam Liga Perdana sebelum jaringan Maxi Rodriguez menamatkan penantian itu di Stadium Reebok, kelmarin.

Rodriguez menyambut satu umpanan baik daripada Fernando Torres untuk merembat melepasi penjaga gol Bolton Wanderers, Jussi Jaaskelainen bagi memastikan Liverpool meraih tiga mata ketika permainan berbaki empat minit.

Kemenangan itu menggerakkan Liverpool melonjak ke tempat ke-12 selepas kemenangan hujung minggu lalu ke atas Blackburn Rovers.

 

[Read More]+

My Liverpool MSN News: Liverpool out of drop zone as Bolton downed

 

Liverpool climbed out of the relegation zone here Sunday after a moment of class from Fernando Torres set up a last-gasp 1-0 victory over Bolton.

In a game full of intent but precious little quality, Maxi Rodriguez latched on to a clever Torres backheel in the 86th minute to slot past Jussi Jaaskelainen to grab all three points.

It earned under-fire Reds boss Roy Hodgson his first back-to-back Premier League victories as Liverpool's season finally seems to have gathered some positive momentum.

For long periods though it looked as if Liverpool would be in for another desperately disappointing afternoon as they sought to build on last week's win over Blackburn only to frustrated.

Torres had Liverpool's best early opportunity as he charged through on goal but could not poke the ball past Jaaskelainen.

 

[Read More] +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...