Saturday, February 27, 2010

HMetro: Reds Megah (I Like It)


PARIS: Liverpool kembali bangkit selepas hampir dikejutkan kelab kurang ternama dari Romania, Unirea Urziceni sebelum menang 3-1, membolehkan mereka melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa.
Bagaimanapun kelab gergasi Serie A, Roma tersingkir daripada kejohanan selepas tewas 3-2 di laman sendiri kepada Panathinaikos dari Greece, ketika penyandang juara Piala UEFA, Shakhtar Donetsk ditunjuk jalan keluar oleh satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Fulham.
Liverpool yang mendahului dengan agregat 1-0 pada perlawanan pertama yang sengit di Anfield minggu lalu bagaimanapun ketinggalan pada minit ke-19 di Stadium Steaua, Bucharest apabila Joao Bruno Fernandes melompat tinggi mengatasi pertahanan The Reds untuk menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil Razvan Paduretu.

Pasukan bimbingan Rafael Benitez menyamakan kedudukan 11 minit kemudian menerusi rembatan Javier Mascherano dari jarak 25 ela yang menerjah penjuru bawah di sebelah kiri gawang tuan rumah.

Pemain sayap Belanda, Ryan Babel melengkapkan kebangkitan Liverpool empat minit sebelum separuh masa pertama berakhir apabila berjaya mengawal bola sebelum menyudahkannya dengan cemerlang manakala Steven Gerrard melengkapkan kemenangan pada awal separuh masa kedua.

Roma yang menyaksikan rekod 20 perlawanan tanpa kalah mereka berakhir ketika tewas 3-2 di Panathinaikos minggu lalu berjaya menyamakan agregat pada minit ke-11 di Stadio Olimpico menerusi sepakan percuma menarik John Arne Riise.

Pelawat kemudian menguasai perlawanan dan enam minit sebelum separuh masa pertama berakhir, Djibil Cisse (gambar) yang menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan pertama minggu lalu kembali meletakkan Panathinaikos dengan dua gol pada kedua-dua babak hasil hantaran Sotiris Ninis.

Daniele De Rossi membalasnya untuk jaringan Roma pada separuh masa kedua.

Fulham mungkin paling mengejutkan apabila berupaya mengikat pasukan gergasi Ukraine, Shakhtar 1-1 untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik menentang sama ada Juventus atau Ajax.

Berbekalkan kelebihan tipis 2-1 sebelum perlawanan kedua, Fulham hampir berdepan kekalahan apabila di asak bertubi-tubi pasukan tuan rumah sebelum mereka lebih dulu memperolehi jaringan di gelanggang lawan pada minit ke-33 apabila Brede Hangeland menanduk masuk sepakan percuma Damien Duff. - AFP

Saturday, February 20, 2010

Santai Wallpapers: This Week Wallpaper Collection - Part 1


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...