Showing posts with label Luis Suarez. Show all posts
Showing posts with label Luis Suarez. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Petikan Akhbar Harian Metro 04/05/2011: Kuyt langkah kanan


Kuyt langkah kanan


PENYERANG Li�ver�pool, Dirk Kuyt (gambar) percaya dia berada pada prestasi terbaik sejak berhijrah ke England hampir lima tahun lalu.
Pemain antarabangsa Belanda itu menjaringkan gol kelapannya dalam tujuh perlawanan terakhir ketika kemenangan 3-0 ke atas Newcastle United Ahad lalu, muncul pemain ketujuh Reds menjaringkan gol dalam empat perlawanan Liga Perdana berturut-turut.
Dua daripadanya adalah menerusi sepakan pe�nalti namun melihat kepada re�kodnya - dia menyumbat 12 gol dalam 13 perlawanan terakhir bagi se��mua pertandingan, termasuk dua perlawanan antarabang�sa - memberikan keyakinan kepada pemain itu sendiri bahawa dia sudah mengembalikan prestasi yang menyebabkan pengurus ketika itu, Rafael Benitez membayar Fe�yenoord �10 juta (RM49 juta) pada musim panas 2006.

“Kali terakhir saya bertindak sebegini semestinya di Belanda, di mana saya menjaringkan banyak gol,” kata pemain yang sering dilihat bekerja keras itu, yang sekalipun berusia 31 tahun Julai ini, menerima kontrak ba�ru di Anfield bulan lalu sebagai menghargai usahanya.


“Ketika ini semuanya berjalan dengan baik, saya menjaringkan gol dalam empat perlawanan terakhir, sesuatu yang bagus untuk dilakukan.

“Keyakinan saya tinggi, tapi ia ada kena mengena dengan pengurusan dan rakan sepasukan saya.

“Saya fikir keyakinan setiap pemain adalah tinggi ketika ini, kerana setiap orang bertindak dengan cemerlang.

“Ia sama dengan saya, saya berasa lebih bagus berban�ding apa yang saya lakukan pada awal musim dan saya kembali seronok bermain bola sepak.”

Sekalipun prolifik dalam bola sepak Belanda, Kuyt diberi peranan di bahagian sayap kanan oleh Benitez kerana etika kerjanya yang menakjubkan dan tidak banyak peluang beraksi sebagai penyerang tengah.

Perpindahan Fernando Torres pada Januari dan kecederaan pemain baru, Andy Carroll memberikannya lebih banyak peluang di depan dan dia mula membuka mata banyak pihak ketika gandingannya dengan seorang lagi pemain baru Liverpool, Luis Suarez dilihat semakin berbisa.

Suarez memenangi penalti babak kedua yang disempurnakan oleh Kuyt dan pemain Belanda itu membalas budi rakannya menerusi hantaran kepada pemain antarabangsa Uruguay itu untuk menja�ringkan gol ketiga menentang Magpies dan meraih kemenangan yang melonjakkan Liverpool ke tangga kelima.

“Adalah hebat untuk memilikinya di sini. Luis bertindak bagus setakat ini dan saya amat gembira bermain di sampingnya,” kata Kuyt.

“Memang hebat mempunyai pemain sepertinya dalam pasukan. Dia sering bergerak, sering cuba untuk mencipta sesuatu dan ketika dia melorongkan bola kepada anda, dia sudah bergerak kembali untuk menerima�nya.

“Ia membuatkannya lebih mudah bagi anda.

“Setiap orang boleh melihat kami berdepan masalah pada awal musim tapi kemudian semuanya berubah dan setiap orang boleh melihat apabila anda menambah dua pemain berkualiti ke dalam pasukan, maka semuanya boleh ber�ubah.”

Petikan Akhbar Mingguan Metro: Meireles dikagumi


Meireles dikagumi


PENGURUS Liverpool, Kenny Dalglish menegaskan persembahan mengagumkan pemain tengah Raul Meireles sejak akhir-akhir ini adalah kerana pemain itu sendiri yang berjaya menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris.
Bos Reds itu berkata beliau bukannya ‘pakar taktikal’ dan empat gol pemain Portugal itu dalam lima perlawanan terakhirnya adalah hasil kerja keras pemain berusia 27 tahun itu.

Meireles tidak menemui sasaran dalam 21 perlawanan pertamanya selepas menyertai Liverpool dari FC Porto pada musim panas lalu dengan bayaran perpindahan �11.5 juta (RM56 juta) tetapi kini tiba-tiba dia sudah mula menggegar di depan pintu gol lawan.

Dia ditugaskan dengan peranan di bahagian tengah, sering kali bersama kapten, Steven Gerrard dan kadang-kadang secara bersendirian, dan kini dia dianggap pemain paling menyerlah dalam tempoh sebulan ini.

“Raul memang memiliki keupayaan seperti yang dipamerkannya baru-baru ini,” kata Dalglish.

“Mungkin dia berjaya menyesuaikan diri dan lebih selesa dan yakin kerana dia bermain dengan baik tapi tidak ada sebarang perubahan drastik (secara taktikal) buat mana-mana pemain sebenarnya.


“Memang menakjubkan melihat Raul bertindak cemerlang. Dia adalah seorang pemain bola sepak yang berbakat besar, dia sentiasa memiliki apa yang kita saksikan sekarang dan dia menjaringkan gol.” Meireles tidak diragui mendapat faedah kerana diberikan peranan yang biasa buatnya, selepas bermain di posisi sayap kanan ketika era Roy Hodgson sebelum ini.

Apabila Dalglish mengambil alih awal bulan lalu, ramai yang mempersoalkan sama ada beliau yang tidak menguruskan pasukan lebih sedekad mampu menangani tuntutan bola sepak moden.


Pengurus berbangsa Scotland berusia 59 tahun itu sering menegaskan bola sepak tidak banyak berubah dan kejayaan terbaru mereka adalah hasil usahanya mengembalikan semula falsafah ‘pass-and-move’ yang diamalkan ketika zamannya sebagai pemain di kelab itu dan sebagai pengurus lebih 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas membawa masuk jurulatih Steve Clarke, pembantu Jose Mourinho di Chelsea, Dalglish membuktikan beliau juga mampu untuk membuat keputusan taktikal penting.

Dalam dua perlawanan terakhir mereka menentang Stoke City dan Chelsea, beliau menurunkan tiga pertahanan tengah dalam formasi 3-4-2-1 dan 3-5-1-1. - Agensi

Petikan Akhbar Kosmo 02/05/2011: Liverpool baiki kedudukan


Liverpool baiki kedudukan




LIVERPOOL - Liverpool berjaya membaiki kedudukan dalam saingan Liga Perdana England selepas membelasah Newcastle United 3-0 di Anfield malam tadi.
Maxi Rodriguez meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit ke-10 sebelum jaringan penalti Dirk Kuyt pada minit ke-59 dan ledakan Luis Suarez minit ke-65 memastikan tiga mata milik Liverpool.
Meskipun berkongsi 55 mata dengan Tottenham Hotspur, Liverpool berjaya memintas kedudukan Spurs di tangga kelima berdasarkan kelebihan jaringan gol.
Biarpun Tottenham masih kurang satu perlawanan berbanding Liverpool, peluang pasukan itu untuk menduduki kelompok empat teratas, sekali gus mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan semakin tergugat setelah tewas 1-2 kepada Chelsea awal pagi semalam.
Pada aksi di Anfield malam tadi, Maxi membuka tirai jaringan Liverpool selepas menyempurnakan hantaran John Flanagan untuk menewaskan penjaga gol Newcastle, Tim Krul.
Kuyt kemudian menjaringkan gol kelapan pada aksi liga musim ini menerusi sepakan penalti setelah Suarez dijatuhkan pemain pertahanan Newcastle, Mike Williamson.
Suarez melengkapkan kemenangan bergaya Liverpool dengan menjaringkan gol ketiga yang juga merupakan jaringan liga ketiganya musim ini sejak menyertai Liverpool pada Januari lalu.
Rekod 18 kali Liverpool sebagai juara Liga Perdana England mungkin bakal dipecah Manchester United musim ini telah menjaringkan 14 gol pada tiga aksi terakhir di laman sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...