

So, pagi esok satu lagi pertemuan hebat yang akan berlaku. Liverpool akan berkunjung ke Aston Villa dalam mempertahankan kedudukan di tangga ke-2 liga. Selepas menempah tempat ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara. Apa yang aku gusarkan ialah apabila beberapa pemain utama tidak dapat beraksi dalam pertemuan ini.
Sebagaimana yang semua ketahui, Gerrard terpaksa direhatkan akibat kecederaan. Begitu juga dengan Fernando Torres. Tapi yang pasti, Benitez terpaksa menaruh harapan kepada Keane dan beberapa pemain tonggak utama.
Apapun yang berlaku, Liverpool.. Must go on.
p/s : Salam Ramdhan Al-Mubarak to all Muslims....
No comments:
Post a Comment