Friday, July 24, 2009

Liverpool rindukan Crouch

Liverpool rindukan Crouch




LONDON - Liverpool bersedia untuk mengemukakan tawaran kepada Peter Crouch (gambar) dalam misi membawa kembali penyerang tinggi lampai itu ke Anfield.

Sebelum ini, Crouch hangat dikaitkan dengan Sunderland, namun kelab itu gagal mencapai kata sepakat berhubung syarat-syarat yang diberikan penyerang berusia 28 tahun itu.

Selain Sunderland, Tottenham Hotspur juga dikhabarkan berminat mendapatkan bintang Portsmouth itu.

Begitupun, agensi Daily Star semalam mendedahkan bahawa kini giliran Liver- pool pula tampil membuat bidaan ke atas Crouch.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez dikhabarkan telah menghubungi kelab Pompey dan sedia mengeluarkan dana sebanyak £12 juta (RM69 juta) untuk mendapatkan penyerang tersebut.

Untuk rekod, Crouch pernah menghabiskan masa tiga musim bersama The Reds (2005-2008). Selama dua musim pertama, Crouch berada dalam kesebe- lasan utama, namun penampilannya semakin terbatas pada musim ketiga sebelum dia berhijrah ke Portsmouth.

Dalam perkembangan berasingan, The Reds yang kini berada di Singapura untuk siri Jelajah Asia turut berusaha untuk mendapatkan bintang Valencia, David Silva.

Liverpool telah lama meminati Silva, namun Valencia tetap keberatan melepaskan bintang tengah Sepanyol itu ke Anfield.

"Apa yang akan digunakan Benitez ialah membuat tawaran besar kepada Valencia selepas menyedari kelab itu terdesak untuk mendapatkan sumber kewangan," jelas The Telegraph yang menjangka- kan pengurus Liverpool itu akan membuat tawaran sebesar 29 juta euro (RM168 juta). - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...