Friday, January 15, 2010

Rodriguez kini sudah sah jadi milik skuad The Reds




RODRIGUEZ diperkenalkan di Anfield semalam sebagai pemain pinjaman Liverpool.



LIVERPOOL - Pemain sayap Argentina, Maxi Rodriguez kini sah meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai Liverpool.
Rodriguez, 29, yang berpindah secara percuma, menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun bersama skuad kendalian Rafael Benitez itu selepas menghabiskan empat tahun di Sepanyol.
"Kami mencari pemain yang memiliki karakter dan mentaliti yang bagus," kata Benitez yang pasukannya kini di tangga ketujuh liga dan lima mata ketinggalan dalam perebutan slot Liga Juara-Juara.
"Dia telah bermain buat Argentina dan Atletico Madrid serta seorang pemain yang memiliki personaliti tersendiri.
"Dia boleh beraksi di tiga posisi, di sayap kanan, kiri atau penyerang kedua. Dia juga seorang yang mempunyai mentaliti positif yang kami cari selama ini.
"Dia boleh mengawal bola dan membuat hantaran dengan baik. Setiap tahun dia menyumbang lima hingga 15 gol dari posisi sayap kanan."
Rodriguez menyertai Atletico dari Espanyol pada 2005, namun tugasnya sebagai kapten musim ini diganti oleh pemain Sepanyol, Antonio Lopez.
Benitez berharap Rodriguez akan cepat menyesuaikan diri dengan gandingan Javier Mascherano dan bekas rakan sepasukannya di Atletico, Fernando Tor- res.
"Dia kenal Mascherano dan Torres dan dia mampu menaikkan semangat beberapa pemain," kata Benitez.
"Saya rasa Rodriguez mampu menyesuaikan diri dengan bola sepak England kerana dia seorang pemain yang bijak dan mampu berada pada posisi yang tepat di atas padang." - AFP

Hiddink sedia ambil alih tempat Benitez


LONDON - Guus Hiddink mula melobi dirinya sebagai pengganti kepada pengurus Liverpool, Rafael Benitez.
Bagaimanapun, Hiddink terlebih dahulu akan meminta kebenaran daripada pemilik Chelsea, Roman Abra- movich sebelum membuat langkah selanjutnya.
Hiddink dilapor akan meninggalkan tugasnya sebagai jurulatih skuad kebangsaan Rusia dan memberitahu beberapa rakan karibnya bahawa beliau berminat dengan cabaran yang menanti di Anfield.
"Saya perlu berbincang dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Rusia sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan saya.
"Tetapi memang benar saya lebih suka jika dapat menguruskan sebuah kelab di England sekali lagi.
"Saya juga menghargai segala sokongan yang saya terima daripada Roman Abra- movich, jadi saya akan berjumpa dengannya terlebih dahulu," kata Hiddink.
Musim lepas, pengendali kelahiran Belanda itu berjaya membawa pembaharuan kepada Chelsea selepas membimbing skuad The Bluesselama empat bulan sebagai pengurus sementara.
Walaupun Hiddink, 63, masih belum sah akan meninggalkan Rusia, namun sumber mendedahkan bahawa beliau amat terdesak untuk mendapat peluang kedua dalam kancah Liga Perdana England.
Nama Hiddink mula disebut-sebut ketika Benitez menerima tamparan hebat ekoran prestasi tidak menentu Liverpool musim ini.
Benitez mungkin dapat bertahan sehingga hujung musim ini meskipun Liverpool tersingkir pada kempen Piala FA selepas tewas mengejut 1-2 kepada Reading kelmarin.
Kekalahan di tempat sendiri itu mencetuskan kemarahan peminat fanatik Liverpool yang mendesak Benitez melepaskan jawatannya. - Agensi

'Maut' menanti Benitez






LONDON - Masa depan pengurus Liverpool, Rafael Benitez sekali lagi mencetuskan tanda tanya.
Terbaru, Benitez menerima tamparan hebat apabila skuad kendaliannya tersingkir daripada kempen Piala FA.
Sekalipun tampil selaku pasukan pili- han, skuad The Reds terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada Reading pada perlawanan ulangan pusingan ketiga di Anfield awal pagi semalam.
Selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, Piala Liga dan terbaru, Piala FA kini masa depan Benitez di Anfield semakin gelap.
Begitupun, Benitez berkata: "Sejak tiga bulan semua orang mula bercakap tentang saya, tidak kira sama ada kamu me- nurunkan pasukan terkuat atau tidak.
"Ramai orang bercerita tentang saya tetapi saya hanya perlu pandang ke depan dan bekerja dengan keras.
"Bagaimana saya menangani semua cerita dan tekanan ini? Saya hanya cuba me- lakukan yang terbaik. Ini bukan musim terbaik saya.

NASIB Benitez mencetuskan tanda tanya selepas Liverpool tersingkir daripada kempen Piala FA.


"Kadangkala kamu akan mengalami masa yang sukar dan kadangkala masa yang lebih baik. Pada masa ini, kami perlu meneruskanya dan bersedia untuk perla- wanan seterusnya. Kami perlu beri tumpuan sepenuhnya."
Kekalahan kepada Reading itu adalah yang ke-10 dialami Liverpool dalam 20 perlawanan terakhir mereka dan Benitez menyalahkan tindakan pengadil Phil Dowd yang menghadiahkan penalti kepada Reading pada minit-minit terakhir perlawanan
"Sepakan penalti itu adalah suatu keputusan yang amat penting dan saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku," kata Beni- tez.
"Ada banyak perkara yang saya tidak setuju tetapi kami tidak boleh ubah keputusan ini sekarang."
Pada aksi semalam, Liverpool memperoleh gol pembukaan apabila Ryan Bertrand menjaringkan gol sendiri pada minit ke-45.
Reading menyamakan kedudukan apabila Gylfi Sigurdsson menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua.
Shane Long muncul wira Reading apabila meledak gol kemenangan pada masa tambahan. - Agensi

Benitez terus terima kritikan hebat




KARIER Benitez di Anfield terus menjadi perbualan hangat ketika ini.


LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez terus dikecam dan mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.
Kali ini, peminat, pemain serta legenda skuad The Reds itu secara lantang mengkritik Benitez.
Ribuan peminat mendesak pengurus kelahiran Sepanyol itu meletak jawatan berikutan kekalahan memalukan kepada Reading dalam kempen Piala FA kelma- rin.
"Dia sepatutnya sudah lama pergi. Mereka perlu melakukannya sekarang," kata legenda Liverpool, Ronnie Whelan.
"Seluruh kelab ini dalam keadaan bergelut, pemain pula tidak cukup baik dan pengurus juga tidak begitu bagus."
Menambahkan lagi tekanan apabila penyerangnya, Fernando Torres memberi amaran kepada pemilik Liverpool supaya membawa pemain berkualiti jika tidak mahu melihat skuad The Reds terus berkubur.
"Kami menduduki tempat kedua (dalam saingan Liga Perdana England) musim lepas dan kali ini, sepatutnya menjadi peluang terbaik bagi kami untuk me- lakukan pencapaian lebih hebat.
"Tetapi ia tidak berlaku dan kini semua nya terletak di tangan pemilik kelab. Mereka kena membawa pemain berkualiti supaya situasi ini tidak berlaku lagi.
"Kami memerlukan satu skuad yang lebih lengkap. Kami memerlukan lebih pemain berkelas dunia dan kami tidak boleh melepaskan tonggak utama kelab ini," kata penyerang Sepanyol itu yang kini terpaksa berehat selama enam minggu ekoran kecederaan lutut.
Kini timbul spekulasi yang mengata- kan bahawa Alex McLeish dan Guus Hiddink dikatakan calon pilihan menggantikan Benitez di Anfield.
Legenda Liverpool, Kenny Dalglish juga dikhabarkan bakal menjadi pengendali sementara kelab itu jika Benitez dipecat. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...