Friday, January 15, 2010

Benitez terus terima kritikan hebat




KARIER Benitez di Anfield terus menjadi perbualan hangat ketika ini.


LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez terus dikecam dan mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.
Kali ini, peminat, pemain serta legenda skuad The Reds itu secara lantang mengkritik Benitez.
Ribuan peminat mendesak pengurus kelahiran Sepanyol itu meletak jawatan berikutan kekalahan memalukan kepada Reading dalam kempen Piala FA kelma- rin.
"Dia sepatutnya sudah lama pergi. Mereka perlu melakukannya sekarang," kata legenda Liverpool, Ronnie Whelan.
"Seluruh kelab ini dalam keadaan bergelut, pemain pula tidak cukup baik dan pengurus juga tidak begitu bagus."
Menambahkan lagi tekanan apabila penyerangnya, Fernando Torres memberi amaran kepada pemilik Liverpool supaya membawa pemain berkualiti jika tidak mahu melihat skuad The Reds terus berkubur.
"Kami menduduki tempat kedua (dalam saingan Liga Perdana England) musim lepas dan kali ini, sepatutnya menjadi peluang terbaik bagi kami untuk me- lakukan pencapaian lebih hebat.
"Tetapi ia tidak berlaku dan kini semua nya terletak di tangan pemilik kelab. Mereka kena membawa pemain berkualiti supaya situasi ini tidak berlaku lagi.
"Kami memerlukan satu skuad yang lebih lengkap. Kami memerlukan lebih pemain berkelas dunia dan kami tidak boleh melepaskan tonggak utama kelab ini," kata penyerang Sepanyol itu yang kini terpaksa berehat selama enam minggu ekoran kecederaan lutut.
Kini timbul spekulasi yang mengata- kan bahawa Alex McLeish dan Guus Hiddink dikatakan calon pilihan menggantikan Benitez di Anfield.
Legenda Liverpool, Kenny Dalglish juga dikhabarkan bakal menjadi pengendali sementara kelab itu jika Benitez dipecat. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...