LONDON - Masa depan pengurus Liverpool, Rafael Benitez sekali lagi mencetuskan tanda tanya.
Terbaru, Benitez menerima tamparan hebat apabila skuad kendaliannya tersingkir daripada kempen Piala FA.
Sekalipun tampil selaku pasukan pili- han, skuad The Reds terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada Reading pada perlawanan ulangan pusingan ketiga di Anfield awal pagi semalam.
Selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, Piala Liga dan terbaru, Piala FA kini masa depan Benitez di Anfield semakin gelap.
Begitupun, Benitez berkata: "Sejak tiga bulan semua orang mula bercakap tentang saya, tidak kira sama ada kamu me- nurunkan pasukan terkuat atau tidak.
"Ramai orang bercerita tentang saya tetapi saya hanya perlu pandang ke depan dan bekerja dengan keras.
"Bagaimana saya menangani semua cerita dan tekanan ini? Saya hanya cuba me- lakukan yang terbaik. Ini bukan musim terbaik saya.
"Kadangkala kamu akan mengalami masa yang sukar dan kadangkala masa yang lebih baik. Pada masa ini, kami perlu meneruskanya dan bersedia untuk perla- wanan seterusnya. Kami perlu beri tumpuan sepenuhnya."
Kekalahan kepada Reading itu adalah yang ke-10 dialami Liverpool dalam 20 perlawanan terakhir mereka dan Benitez menyalahkan tindakan pengadil Phil Dowd yang menghadiahkan penalti kepada Reading pada minit-minit terakhir perlawanan
"Sepakan penalti itu adalah suatu keputusan yang amat penting dan saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku," kata Beni- tez.
"Ada banyak perkara yang saya tidak setuju tetapi kami tidak boleh ubah keputusan ini sekarang."
Pada aksi semalam, Liverpool memperoleh gol pembukaan apabila Ryan Bertrand menjaringkan gol sendiri pada minit ke-45.
Reading menyamakan kedudukan apabila Gylfi Sigurdsson menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua.
Shane Long muncul wira Reading apabila meledak gol kemenangan pada masa tambahan. - Agensi
No comments:
Post a Comment