Monday, October 18, 2010

My KOSMO!: Sengsara Liverpool bermula

 

PENYERANG Liverpool, Joe Cole tidak dapat menahan kesedihan selepas pasukannya tewas 0-2 kepada Everton dalam saingan Liga Perdana England semalam.


LONDON — Zaman sengsara Liverpool bermula dan pasukan itu dilihat berpotensi untuk turun ke liga divisyen satu musim depan. Hajat kelab itu untuk memulakan era baru dalam Liga Perdana England terus terencat.

Semalam, skuad kendalian Roy Hodgson itu mengalami kekalahan 0-2 kepada Everton dalam pertemuan dua kelab jiran setempat Merseyside tersebut.

Dua gol daripada Tim Cahill dan Mikel Arteta menjamin tiga mata penuh buat Everton yang berjaya melonjak ke tangga ke-11, manakala Liverpool jatuh ke tangga kedua tercorot liga.

Dengan pemilik baru kelab itu dari Amerika Syarikat, John W. Henry hadir untuk menonton perlawanan di Goodison Park itu, Liverpool tetap gagal menghadiahkan kejayaan yang amat dinanti-nantikan peminat mereka selepas isu pengambilalihan kelab tersebut sudah diselesaikan.

Kekalahan semalam juga menyaksikan skuad kendalian Roy Hodgson itu hanya mengutip enam mata daripada lapan perlawanan musim ini.

Ia memberi gambaran mengenai tugas sukar yang menanti pemiliknya, Henry dan Kumpulan New England Sports Ventures (NESV) untuk membina semula reputasi The Reds selaku pasukan elit yang kini semakin tenggelam. Apa yang pasti, kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad dari Anfield itu boleh dikatakan sebagai landasan untuk mereka turun ke liga bawahan. - Agensi

Komen aku: Secara peribadi, kemerosotan berpunca daripada pengaruh kuat Benitez. Kalau sebelum ini, Benitez menafikan untuk tinggalkan Anfield, tetapi akhirnya beliau meninggalkannya. Selain itu, ia juga berpunca daripada Owner (Hikcs and Gillert) Liverpool yang seolah-olah mahu menghancurkan kelab gergasi itu.

Dan salah satu lagi sebab, cara formasi Roy Hodgson juga menjadi salah satu punca utama kenapa prestasi Liverpool hambar. Dalam salah satu interview, Daniel Agger ada menyatakan mereka tidak selesa bermain dengan cara “short passed” kerana mereka lebih selesa dengan “long passed” yang mereka telah praktikan sebelum ini. Roy sepatutnya tidak perlu mengubah cara permainan yang sedia ada, tetapi memperkemaskan barisan pertahanan yang sanggat longgar.

Yang pasti, menjelang Januari, aku pasti ramai player Liverpool akan pergi meninggalkan kelab gergasi itu. Selain dari Glen Johnson yang telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu. Beberapa tonggak utama yang telahpun meninggalkan Liverpool seperti Mascherano.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...