Monday, October 25, 2010

myMetro: Hodgson harap Torres pulih imej The Reds

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Roy Hodgson berharap Fernando Torres yang menjaringkan gol pertama sejak musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula Ogos lalu mencetus pemulihan prestasi pasukan yang tidak menentu.

Gol Torres itu membantu The Reds menewaskan Blackburn di Anfield sekali gus meredakan tekanan yang membebani Hodgson.

Penyerang antarabangsa Sepanyol itu dikritik selepas mempamerkan prestasi hambar musim ini berjaya meningkatkan prestasi ketika membantu Liverpool mencapai kemenangan dalam aksi babak kedua tapi The Reds kekal di kelompok tiga pasukan terbawah liga.

Kemenangan itu menerbitkan keyakinan Hodgson melihat Torres kembali menepati status sebagai antara penyerang paling digeruni di Eropah sebelum ini.

“Dia bermain lebih baik dan pasti menjaringkan gol pada setiap perlawanan,” kata Hodgson yang mengakui Liverpool amat memerlukan penyerang itu merubah nasib mereka.

“Prestasinya menurun sejak kembali dari Piala Dunia. Mungkin ia disebabkan terlalu banyak dikritik.

“Kini, dia kembali menikmati setiap permainan dan lebih bertenaga. Anda tidak boleh membuatkan seseorang pemain kembali berminat bermain. Dia perlu mencari sendiri keinginan itu dalam dirinya.” Hodgson berdepan kecaman sepanjang minggu ini berikutan suasana tegang di bilik persalinan Anfield namun menganggap kemenangan itu mungkin meredakan situasi.

Mereka menempuhi lapan perlawanan dalam semua kejohanan musim ini tanpa sebarang kemenangan, prestasi terburuk Liverpool di abad ini. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...