Monday, September 15, 2008

Gerrard yakin Liverpool mampu beri cabaran

Ref - Kosmo!

LONDON - Kapten Liverpool, Steven Gerrard percaya skuad The Reds mula menjadi pencabar terkuat, sekali gus mampu merangkul gelaran juara Liga Perdana England musim ini.

Sabtu lalu Liverpool mencipta kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Manchester United 2-1 di Anfield.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool berkongsi 10 mata dengan pendahulu, Chelsea.

Bagaimanapun Liverpool yang menduduki tangga kedua hanya dibezakan Chelsea dengan jaringan gol.

Gerrard berkata, Liverpool kini memiliki keyakinan tinggi berdasarkan dengan kedudukan mereka itu.

"Ia adalah satu kemenangan yang cukup hebat. Jika kami mampu menewaskan pasukan hebat seperti United, Arsenal serta Chelsea, kami memiliki peluang cerah untuk muncul juara.

"Kami sedar ia masih terlalu awal dan ini tidak bermakna kami tidak boleh pergi jauh dan menjuarai liga," kata Gerrard.

Tambah Gerrard, misi Liverpool masih panjang sekalipun peminat The Reds mula memperkatakan tentang kejuaraan liga.

"Jika kamu menewaskan pasukan seperti United, ia boleh membantu kamu pada perlawanan akan datang.

"Saya pasti pemain United sedar kami benar-benar mahu merangkul gelaran juara. - Agensi

1 comment:

Amberan said...

Hi Bro,
Boleh kita exchange links,
http://liverpoolkita.blogspot.com

amberan
ynwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...