Wednesday, September 10, 2008

Liverpool 'vs' MU

LONDON: Rafael Benitez mengejutkan para penyokong England dengan membuat pengakuan bahawa Steven Gerrard akan turun menentang Manchester United Sabtu ini.

Pengurus Liverpool itu menimbulkan keadaan kurang senang dengan memutuskan kaptennya itu perlu menjalani pembedahan kecil di pangkal paha sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Andorra dan Croatia.

Beliau mendakwa pembedahan itu penting dan juga akan menyebabkan Gerrard terlepas beraksi menentang lawan utamanya - United.

Dengan pengakuan Gerrard mungkin diturunkan dalam perlawanan di Anfield nanti, Benitez menimbulkan kemelut antara kelab dengan negara.

Musim lalu, Chelsea mencetuskan ketegangan serupa apabila Ashley Cole dan John Terry terlepas beraksi dalam kelayakan Euro 2008 menentang Croatia kerana cedera tetapi beraksi tiga hari kemudian menentang Derby County.

Benitez berkata: 'Gerrard telah menunjukkan kemajuan dengan beransur sembuh. Kuncinya ialah kecergasan pemain tersebut - keadaan akan begitu memberangsangkan jika beliau yakin dapat bermain.'

Penjaring handalan, Fernando Torres, juga mungkin bermain selepas mengalami kejang otot 10 hari lalu.

Pengurus pasukan itu menambah: 'Lebihlah baik mengelakkan daripada menyatakan bahawa Gerrard dan Fernando Torres akan diturunkan. Ia sukar dikatakan.'

Sementara itu, Torres nenetapkan sasaran untuk menjaringkan lebih daripada 33 gol yang dijaringkan musim lalu.

Penyerang Sepanyol itu menikmati kemunculan sulung di Anfield dengan bergaya selapas pemindahan £21.5 juta daripada Atletico Madrid.

Tetapi Torres tidak mahu berhenti di situ selepas melahirkan azam untuk mengatasi bilangan tersebut.

Rakan sepasukannya, Alvaro Arbeloa, berkata: 'Nando (Fernando) adalah seorang yang gila.

'Beliau begitu yakin boleh menjaringkan lebih banyak gol berbanding dengan musim pertamanya bersama kami.

'Sekiranya ada orang yang mahu melakukannya, ia adalah Fernando. Beliau mahu membaikinya setiap masa dan cara terbaik bagi beliau melakukannya ialah dengan menjaringkan lebih daripada 33 gol.

'Ia kelihatan matlamat yang mustahil tetapi beliau begitu yakin dapat menciptanya.

'Beliau berjaya dapat mengatasi bilangan musim lalu. Saya menyatakan kepadanya bahawa beliau gila kerana bilangan tersebut terlalu banyak dan pasukan lain akan lebih sedia menanganinya musim ini.

'Mereka akan mengekang ketajamannya bagi mengelak berulangnya keadaan musim lalu.

'Tetapi bukan mudah membendungnya dan saya tidak pasti pasukan lain dapat melakukannya tetapi saya berharap tidak.' - The Sun


Benitez timbulkan kemelut antara kelab dan negara

ref : KLPos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...