Tuesday, November 9, 2010

My Kosmo Liverpool News: Reina bakal tinggalkan Anfield

 

p/s: Merajuk pula si Reina ni, sampai nak tinggalkan Anfield. Tapi of course itu yang terbaik untuk dia…Mungkin….

 

Reina bakal tinggalkan Anfield

REINA (kiri) memberi gambaran bakal meninggalkan Anfield pada penghujung musim ini.


LONDON - Penjaga gol Liverpool, Pepe Rei- na memberi gambaran awal yang dia bakal meninggalkan Anfield pada penghujung musim ini biarpun kontraknya masih berbaki enam tahun lagi.

Apabila ditanya berapa lama lagi dia akan kekal beraksi bersama Liverpool, Reina berkata: "Sekurangnya-kurangnya sehingga penghujung musim ini," katanya.

"Reina yang juga merupakan penjaga gol antarabangsa Sepanyol adalah salah seorang pemain bertaraf dunia yang dimiliki skuad The Reds selain Fernando Torres dan Steven Gerrard.

"Memang saya gembira berada di sini (Anfield) ditambah pula saya baru sahaja memperbaharui kontrak saya bersama Liver- pool tujuh bulan lalu.

"Namun, setiap pemain bola sepak sudah pastinya memasang impian untuk bersaing bagi memenangi sebarang trofi kejuaraan.

"Begitupun, saya akan terus kekal bersama Liverpool sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini tetapi ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan berhijrah dalam saingan Liga Sepanyol," kata Reina.

Sebagai rekod, Reina tidak pernah menjulang sebarang trofi kejuaraan sejak kali ter- akhir berbuat demikian ketika Liverpool menjadi juara Piala FA pada 2006. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...