Friday, November 5, 2010

My Liverpool Kosmo! News: Hodgson terhutang budi

Kosmo! Online - Sukan


GERRARD (kiri) meledakkan hatrik untuk membantu kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Napoli pada aksi Liga Europa awal pagi semalam.

LIVERPOOL, England - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson mengakui yang beliau merasa terhutang budi kepada Steven Gerrard selepas menang 3-1 ke atas Napoli pada aksi Liga Europa awal pagi semalam.

Pada pertemuan di Anfield, kapten The Reds tersebut beraksi cemerlang dengan meledakkan hatrik, sekali gus membantu kemenangan skuad bimbingan Hodgson itu.

Pada awalnya, Liverpool gagal mempamerkan aksi yang menarik selepas mereka ketinggalan seawal minit ke-28 menerusi jaringan Ezequiel Lavezzi.

Begitupun, Liverpool kembali mendapat rentak selepas pemain tengah England itu dimasukkan pada babak kedua.

Gerrard menghukum kesilapan bekas pemain pertahanan Liverpool, Andrea Dossena dan penjaga gol pasukan pelawat, Morgan de Sanctis untuk menghadiahkan gol pertama The Reds pada minit ke-75.


Dua minit sebelum permainan tamat, Gerrard menyempurnakan sepakan penalti selepas Glen Johnson mengasari Salvatore Aronica dan satu minit selepas itu dia melengkapkan hatrik.

"Persembahan Gerrard sangat cemerlang," kata Hodgson.

"Pada separuh masa pertama, kami bermain agak baik. Kami tidak bernasib baik kerana memboloskan satu gol selepas melakukan kesilapan.

"Kemasukan Gerrard telah mengubah segala-galanya. Ia merangsang penonton dan pasukan. Cara dia menjaringkan gol pertama sangat berkeya- kinan.

"Semangat sebenar pasukan ditonjolkan pada babak kedua.

"Kami rasa terhutang budi kepada Gerrard tetapi dia adalah orang pertama yang menyokong saya dengan berkata, persembahan pasukan pada babak kedua sangat baik.

"Saya rasa malam ini (awal pagi semalam), persembahan kami sangat menakjubkan. Gol pertama sangat cantik.

"Itu adalah gol yang dijaringkan oleh kapten, gol daripada pemain yang mahukan pasukan ini bangkit semula. Kami sangat menghargainya." - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...