Friday, January 15, 2010

Hiddink sedia ambil alih tempat Benitez


LONDON - Guus Hiddink mula melobi dirinya sebagai pengganti kepada pengurus Liverpool, Rafael Benitez.
Bagaimanapun, Hiddink terlebih dahulu akan meminta kebenaran daripada pemilik Chelsea, Roman Abra- movich sebelum membuat langkah selanjutnya.
Hiddink dilapor akan meninggalkan tugasnya sebagai jurulatih skuad kebangsaan Rusia dan memberitahu beberapa rakan karibnya bahawa beliau berminat dengan cabaran yang menanti di Anfield.
"Saya perlu berbincang dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Rusia sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan saya.
"Tetapi memang benar saya lebih suka jika dapat menguruskan sebuah kelab di England sekali lagi.
"Saya juga menghargai segala sokongan yang saya terima daripada Roman Abra- movich, jadi saya akan berjumpa dengannya terlebih dahulu," kata Hiddink.
Musim lepas, pengendali kelahiran Belanda itu berjaya membawa pembaharuan kepada Chelsea selepas membimbing skuad The Bluesselama empat bulan sebagai pengurus sementara.
Walaupun Hiddink, 63, masih belum sah akan meninggalkan Rusia, namun sumber mendedahkan bahawa beliau amat terdesak untuk mendapat peluang kedua dalam kancah Liga Perdana England.
Nama Hiddink mula disebut-sebut ketika Benitez menerima tamparan hebat ekoran prestasi tidak menentu Liverpool musim ini.
Benitez mungkin dapat bertahan sehingga hujung musim ini meskipun Liverpool tersingkir pada kempen Piala FA selepas tewas mengejut 1-2 kepada Reading kelmarin.
Kekalahan di tempat sendiri itu mencetuskan kemarahan peminat fanatik Liverpool yang mendesak Benitez melepaskan jawatannya. - Agensi

'Maut' menanti Benitez






LONDON - Masa depan pengurus Liverpool, Rafael Benitez sekali lagi mencetuskan tanda tanya.
Terbaru, Benitez menerima tamparan hebat apabila skuad kendaliannya tersingkir daripada kempen Piala FA.
Sekalipun tampil selaku pasukan pili- han, skuad The Reds terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada Reading pada perlawanan ulangan pusingan ketiga di Anfield awal pagi semalam.
Selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, Piala Liga dan terbaru, Piala FA kini masa depan Benitez di Anfield semakin gelap.
Begitupun, Benitez berkata: "Sejak tiga bulan semua orang mula bercakap tentang saya, tidak kira sama ada kamu me- nurunkan pasukan terkuat atau tidak.
"Ramai orang bercerita tentang saya tetapi saya hanya perlu pandang ke depan dan bekerja dengan keras.
"Bagaimana saya menangani semua cerita dan tekanan ini? Saya hanya cuba me- lakukan yang terbaik. Ini bukan musim terbaik saya.

NASIB Benitez mencetuskan tanda tanya selepas Liverpool tersingkir daripada kempen Piala FA.


"Kadangkala kamu akan mengalami masa yang sukar dan kadangkala masa yang lebih baik. Pada masa ini, kami perlu meneruskanya dan bersedia untuk perla- wanan seterusnya. Kami perlu beri tumpuan sepenuhnya."
Kekalahan kepada Reading itu adalah yang ke-10 dialami Liverpool dalam 20 perlawanan terakhir mereka dan Benitez menyalahkan tindakan pengadil Phil Dowd yang menghadiahkan penalti kepada Reading pada minit-minit terakhir perlawanan
"Sepakan penalti itu adalah suatu keputusan yang amat penting dan saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku," kata Beni- tez.
"Ada banyak perkara yang saya tidak setuju tetapi kami tidak boleh ubah keputusan ini sekarang."
Pada aksi semalam, Liverpool memperoleh gol pembukaan apabila Ryan Bertrand menjaringkan gol sendiri pada minit ke-45.
Reading menyamakan kedudukan apabila Gylfi Sigurdsson menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua.
Shane Long muncul wira Reading apabila meledak gol kemenangan pada masa tambahan. - Agensi

Benitez terus terima kritikan hebat




KARIER Benitez di Anfield terus menjadi perbualan hangat ketika ini.


LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez terus dikecam dan mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.
Kali ini, peminat, pemain serta legenda skuad The Reds itu secara lantang mengkritik Benitez.
Ribuan peminat mendesak pengurus kelahiran Sepanyol itu meletak jawatan berikutan kekalahan memalukan kepada Reading dalam kempen Piala FA kelma- rin.
"Dia sepatutnya sudah lama pergi. Mereka perlu melakukannya sekarang," kata legenda Liverpool, Ronnie Whelan.
"Seluruh kelab ini dalam keadaan bergelut, pemain pula tidak cukup baik dan pengurus juga tidak begitu bagus."
Menambahkan lagi tekanan apabila penyerangnya, Fernando Torres memberi amaran kepada pemilik Liverpool supaya membawa pemain berkualiti jika tidak mahu melihat skuad The Reds terus berkubur.
"Kami menduduki tempat kedua (dalam saingan Liga Perdana England) musim lepas dan kali ini, sepatutnya menjadi peluang terbaik bagi kami untuk me- lakukan pencapaian lebih hebat.
"Tetapi ia tidak berlaku dan kini semua nya terletak di tangan pemilik kelab. Mereka kena membawa pemain berkualiti supaya situasi ini tidak berlaku lagi.
"Kami memerlukan satu skuad yang lebih lengkap. Kami memerlukan lebih pemain berkelas dunia dan kami tidak boleh melepaskan tonggak utama kelab ini," kata penyerang Sepanyol itu yang kini terpaksa berehat selama enam minggu ekoran kecederaan lutut.
Kini timbul spekulasi yang mengata- kan bahawa Alex McLeish dan Guus Hiddink dikatakan calon pilihan menggantikan Benitez di Anfield.
Legenda Liverpool, Kenny Dalglish juga dikhabarkan bakal menjadi pengendali sementara kelab itu jika Benitez dipecat. - Agensi

Tuesday, November 10, 2009

Benitez masih belum putus asa


NGOG memberi gol pendahuluan Liverpool pada minit ke-13 dalam saingan EPL bertemu Birmingham di Anfield, kelmarin. Perlawanan berkesudahan terikat 2-2.

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez (gambar kecil) masih percaya bahawa pasukannya boleh mengejar buruan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di sebalik hakikat mereka sudah ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Kelmarin, The Reds nyaris dipalit kecewa di gelanggang sendiri apabila bangkit untuk seri 2-2 ketika menentang Birmingham City dan kini hanya memenangi satu perlawanan daripada jumlah sembilan perlawanan.

Satu mata dimenangi Liverpool turut dipertikai pemain Birmingham yang marah ketika beranggapan pemain tuan rumah, David Ngog sengaja merebahkan badan untuk mendapat sepakan penalti yang kontroversi disempurnakan ketua pasukan, Steven Gerrard buat melegakan penyokong Anfield.


Walaupun masalah makin berganda di kelab berkenaan, pengurus berbangsa Sepanyol itu tegas berkata dia tidak cemas lagi.

"Saya memikirkan mengenainya selama tiga minggu terakhir sehingga sebulan, ia masih sama saja," kata Benitez. "Kami hanya memikirkan mengenai satu perlawanan pada satu-satu masa maka saya tidak boleh bercakap mengenai perkara lain. Hanya tiga mata dan saya tidak akan bercakap mengenai kedudukan atau liga.

"Kami menang enam perlawanan berturutan sebelum ini, dan walaupun dalam tekanan kami menang menentang Manchester United. Perwatakan pemain menakjubkan tetapi kami tidak dapat meraih tiga mata menentang Birmingham."

Benitez mengakui bahawa nasib malang Liverpool dengan kecederaan menjadi faktor utama dalam permulaan buruk mereka musim ini.

Ngog memberi gol pendahuluan untuk Liverpool minit ke-13 tetapi Christian Benitez menanduk masuk gol penyamaan minit ke-26 sebelum Cameron Jerom menyumbat gol pelawat minit ke-45. Gerrard menjadi penyelamat dengan gol minit ke-71. - AFP

Wednesday, October 28, 2009

Unstable Liverpool......

YANWA................. Permulaan yang sangat kurang memberangsangkan. Lebih mengejutkan pabila mencatatkan sejarah kalah empat perlawanan pada permulaan saingan EPL dan juga kalah dua kali dalam mengejar impian Championship League. Dan hari ini, mungkin Benitez kalah lagi kepada Ferguson apabila dua pemain impian Benitez hampir pasti menyarung jersi Man U. Villa dan Silva. Dua pemain yang sangat menjadi buruan. Hinggakan Man City juga berminat untuk mendapatkan khidmat mereka. Dua pemain Valencia itu semakin hampir dan bakal berangkat ke Man U.

Review:
Liverpool vs Man U

Pastinya ramai yang bersorak gembira tatkala Torres menjaringkan gol menewaskan Van De Sar. Dan ini bukanlah kali pertama buat Torres. Namun insiden-insiden yang berlaku, menampakkan betapa pemain Man U sangat membenci pemain Liverpool. Sebagaimana yang Vidic tunjukkan. Menerjah dua kali kaki Torres seolah-olah mahu Torres terus diusung keluar. Dan memang layak buat Vidic dikenakan kad merah. Lebih baik digantung terus selama beberapa perlawanan. Sebagai balasan, Macherano juga memang selalu buat hal apabila bertemu dengan Man U. Telah menjadi satu permusuhan antara Man U dan Liverpool. Begitu juga dengan 'fans"nya. Fanatik seringkali memperlekehkan fan Liverpool. Malah terlalu gembira tiap kali Liverpool kalah kepada mana-mana team.

Sunderland vs Liverpool.

Kesilapan teknikal? Tak ada silapnya, sesuatu yang tak diduga berlaku. Hanya kerana sebiji bola pantai akhirnya Liverpool kecundang. Jelas, permainan terlalu hambar buat Liverpool. Hilang hala tuju dan kesudahan yang tak berkesudahan. Baik Benayoun, Kuyt maupun Glen Johnson. Permainan dalam keadaan struggle. Percaya atau tidak, tindakan Co-Owner Tom Hicks sedikit sebanyak mempengaruhi Team Liverpool itu sendiri. Prestasi yang tidak seimbang membayangkan yang Liverpool mungkin akan tercicir. Semuanya bergantung kepada semangat juang pemain dan coach.

Dan pagi tadi, second team Liverpool kecundang di tangan Arsenal. Kekalahan 2-1 kepada Arsenal dalam mengejar Piala Carling. Mungkin Benitez perlu lakukan sesuatu atau mungkin juga Benitez patut digantikan?

Sunday, October 4, 2009

Chelsea Mantap, Liverpool Tersentap...

Gara-gara gerakan cantik Anelka dan penyudah Malouda, akhirnya Liverpool tersungkur di Stanford Bridge. Memang agak sukar mengalahkan Chelsea. Kalau nak compare memang banyak perbezaan. Jentera serangan Chelsea nampak ampuh. Namun begitu, Liverpool juga membuktikan betapa jentera serangan masih berbisa. Namun, tiada siapa yang akan ketahui akan kesudahan. Apabila bola itu bulat. Sebarang kemungkinan pasti akan terjadi. Gandingan Gerrard-Torres seakan-akan tumpul, acapkali dikecewakan oleh pemain pertahanan Chelsea. Respect harus diberikan kepad john Terry kerana bijak mengawal pertahanan.

Saturday, October 3, 2009

Chelsea, Liverpool buat perhitungan (Kosmo!)






IMBAS KEMBALI... Penyerang Liverpool, Fernando Torres meraikan jaringannya pada aksi menentang Chelsea musim lalu.





LONDON - Pertembungan Chelsea dan Liverpool sentiasa menjanjikan saingan penuh mencabar dan mendebarkan.

Di Stamford Bridge malam ini, dua kelab gergasi England itu sekali lagi akan berentap dalam misi mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam kempen Liga Perdana England.

Tatkala Chelsea berada di tangga kedua dengan mengumpul 18 mata, Liverpool pula mengekori rapat apabila hanya ketinggalan tiga mata di belakang skuad The Blues.

Baik Chelsea mahupun Liverpool, kedua-dua pasukan itu pastinya mahu mengelak daripada mengalami kekalahan kerana ia bakal menjejaskan peluang mereka memburu kejuaraan liga musim ini.

Selepas tujuh perlawanan, Liverpool telah mengalami dua kekalahan manakala Chelsea tewas sekali selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Wigan minggu lalu.

Menjelang pertembungan malam ini, kapten Chelsea, John Terry awal-awal lagi mengingatkan rakan sepasukannya agar lebih berwaspada dengan ancaman Liverpool.

"Kami harus menampilkan aksi lebih baik ketika menentang Liverpool. Mereka sebuah pasukan yang hebat, jadi kami harus lebih bersedia dalam setiap posisi bagi menghadapi perlawanan ini.

"Saya percaya Liverpool pasti mahu kami dikecewakan di hadapan penyokong sendiri sebagaimana yang dilakukan mereka musim lalu," kata Terry.

Peringatan Terry itu dilihat ada kebenarannya kerana Liverpool berjaya mencalarkan rekod 86 perlawanan tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge musim lalu apabila menang 1-0.

Sementara itu, kapten Liverpool, Steven Gerrard berkata, The Redsharus bangkit segera selain melupakan kekalahan 0-2 kepada Fiorentina pada aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.

"Perlawanan menentang Chelsea bukan sesuatu yang mudah. Jadi kami perlu melupakan kekecewaan lalu selepas tewas kepada Fiorentina.

"Kami pernah menang di Stamford Bridge dan ia diharapkan dapat membangkitkan semangat kami untuk membawa pulang mata penuh di gelanggang lawan," kata Gerrard. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...