Wednesday, October 22, 2008

Liverpool waspada ancaman Atletico


TORRES tidak dapat beraksi di Stadium Calderon awal pagi ini ekoran masalah kecederaan.








MADRID - Kepulangan Fernando Torres ke Atletico Madrid dijangka penuh emosi.


Namun masalah kecederaan menghalang penyerang Liverpool itu daripada
beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang bekas kelabnya,
Atletico awal pagi ini.


Ketika ini kedua-dua pasukan mengutip enam mata penuh selepas menang
dua perlawanan pembukaan ke atas Marseille dan PSV Eindhoven dan
kemenangan hari ini akan mencerahkan peluang mereka untuk melayakkan
diri ke pusingan kalah mati.


Menyedari Atletico akan mendapat sokongan padu penyokong sendiri di
Stadium Calderon, kapten Liverpool, Steven Gerrard berkata, ia sama
sekali tidak akan mengganggu kempen The Reds di peringkat Eropah.


"Atletico adalah sebuah pasukan yang berbahaya. Mereka telah
menunjukkan peningkatan sejak dua musim yang lalu dan telah
membelanjakan banyak wang," kata Gerrard.


"Beberapa pemain Sepanyol seperti Fernando Torres telah memberitahu
saya bahawa suasana pada perlawanan itu nanti pasti akan menjadi tegang.


"Tetapi kami telah membuktikan sejak beberapa tahun yang lalu betapa hebatnya kami beraksi di peringkat Eropah."


Liverpool yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan
Liga Perdana England terpaksa merehatkan Torres selepas dia mengalami
kecederaan hamstring pada aksi antarabangsa bersama Sepanyol minggu
lalu.


Torres, 24, dianggap sebagai penyerang terbaik Atletico selepas
menjaringkan 75 gol daripada 174 perlawanan Liga Sepanyol sebelum
berpindah ke Liverpool pada tahun 2007.


Dalam pada itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez yang pasti
merasai kehilangan Torres yang dianggap 'mesin gol' Liverpool sejak
musim lalu.


Ketiadaan Torres menyaksikan Benitez bakal menggandingkan Dirk Kuyt dengan Robbie Keane di barisan serangan.


Benitez juga boleh memberi kepercayaan kepada Kuyt untuk bergerak
secara solo di bahagian serangan jika dia menggunakan formasi 4-5-1. -
AFP


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...