LONDON - Pemain Liverpool, Dirk Kuyt meminta Manchester City supaya
melupakan hasrat untuk mengikat kontrak dengan Steven Gerrard kerana
dia sudah selesa berada di Anfield.
City memiliki status baru sebagai kelab terkaya di dunia serta merancang untuk mendapatkan pemain terbaik dunia.
Cristiano Ronaldo, Cesc Fabregas dan perancang Liverpool, Gerrard
antara tiga pemain bintang berkelas dunia yang turut disenaraikan.
Kuyt membayangkan, meskipun Liverpool berasa bimbang namun City
tidak pernah berhasrat untuk mendapat pemain bintang yang beraksi di
Anfield.
"Saya tidak fikir mana-mana pemain di sini (Liverpool) akan pergi ke City kerana Liverpool adalah kelab yang lebih besar.
"Saya sudah tiga musim di sini dan tiada apa yang perlu dibimbangkan."
Liverpool akan melakukan kunjungan ke Stadium Manchester esok untuk menghadapi City dalam saingan liga.
"Saya tidak pernah terfikir dia akan meninggalkan Liverpool untuk menyertai City," katanya. - Agensi
Ref: KOSMO!
No comments:
Post a Comment