Wednesday, May 13, 2009

Gerrard terima anugerah FWA



GERRARD dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) buat pertama kali kelmarin.


LONDON - Kepimpinan Steven Gerrard sebagai kapten Liverpool tidak perlu dipersoalkan lagi.

Dia berjaya memimpin Liverpool untuk menjadi antara pencabar utama kejuaraan Liga Perdana England sejak beberapa musim lepas.

Disebabkan daya kepimpinannya yang tinggi itu, Gerrard telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) buat pertama kali kelmarin.

Gerrard berjaya mengetepikan pencabarnya dari Manchester United, Ryan Giggs, Wayne Rooney, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand menerusi undian ahli FWA.

Pemain berusia 28 tahun itu mengharungi musim ini sebagai penyerang kedua dengan gandingan hebatnya bersama Fernando Torres.

Dia telah menjaringkan 23 gol dalam semua kejohanan dan memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Liverpool pada kempen Eropah.

"Kami sangat gembira untuk mengiktiraf segala sumbangan Steven musim ini dengan anugerah berprestij kami ini," kata pengerusi FWA, Steve Bates.

"Steven mengharungi musim yang menakjubkan dan kerap kali menjadi pembangkit semangat terhadap kejayaan Liverpool muncul sebagai pencabar utama kejuaraan liga.

"Penulis sukan juga menganggap dia sebagai tunjang utama pasukan Liverpool dan seorang pemain yang sanggup memberi apa saja demi pasukannya."

Gerrard yang akan menerima anugerah tersebut pada majlis makan malam di London 20 Mei ini, menggantikan bintang United, Cristiano Ronaldo yang memenangi anugerah FWA pada 2007 dan 2008.

Pemenang terdahulu anugerah yang diperkenalkan pada 1948 itu ialah Bobby Charlton, Bobby Moore, George Best, Jurgen Klinsmann, Eric Cantona dan Thierry Henry. - AFP

Tuesday, May 12, 2009

Tevez minat ke Anfield (Tevez interested in Anfield)




LONDON – Penyerang Manchester United, Carlos Tevez memang sudah tawar hati untuk terus kekal di Old Trafford.

Apa yang disumbangkannya untuk United bagaikan tidak dihargai.

Statusnya kini masih kekal sebagai pemain yang dipinjam selain sering memanaskan bangku simpanan.

Keadaan tersebut semakin meresahkan pemain dari Argentina itu yang menganggap kualiti permainannya bukan untuk memanaskan bangku simpanan.

Maka, tidak hairan dia secara terbuka mendedahkan niat untuk meninggalkan Old Trafford.

Destinasi yang menjadi impiannya kini ialah Anfield.

Semalam, Tevez secara terbuka mendedahkan bahawa dia mahu menyertai Liverpool.


“Jika diberi pilihan, saya akan menyertai Liverpool,” katanya.

"If i've a choice, i'll join the Liverpool" he said.

Berita itu pastinya mengundang kemarahan pengurus United, Alex Ferguson yang sebelum ini enggan melepaskan Tevez ke Anfield.

Kecuali United mengikat Tevez secara tetap, Ferguson tidak boleh menghalang keinginan penyerang kelahiran Argentina itu untuk mengikat kontrak dengan mana-mana pasukan pada musim panas ini.

Liverpool pula dilaporkan telah menghubungi ejen Tevez, Kia Joorabchian untuk menyatakan hasrat mereka, dan penyerang itu nampaknnya menunjukkan minat.

Sekiranya berjaya mencapai kata sepakat, Tevez, 25, dilaporkan akan terus tinggal di Cheshire, kediaman tetap keluarganya ketika ini.

Kini, Ferguson perlu memutuskan sama ada sanggup berbelanja sebanyak £26 juta (RM139.856 juta) ke atas Tevez atau sebaliknya.

Dua tahun lalu, Ferguson pernah menghalang bekas tonggak pertahanannya, Gabriel Heinze menyertai Liverpool sekalipun United telah berhasrat menjual pemain berkenaan. – Agensi

Gerrard idam keajaiban (Gerrads Hopes Miracle)

MANCHESTER: Kapten Liverpool, Steven Gerrard masih mengharapkan tuah pada saat akhir agar Manchester United tewas di tangan Wigan dan Arsenal, sekali gus membolehkan pasukannya mencuri peluang untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Selepas kemenangan 2-0 United ke atas Manchester City kelmarin, juara bertahan itu hanya perlukan empat mata daripada dua perlawanan yang bakal berlangsung esok dan Sabtu ini untuk menyamai rekod pencapaian 18 gelaran liga pernah dimenangi Liverpool.

The Reds yang ketinggalan tiga mata, bermain lebih satu perlawanan dan mereka tidak akan bermain hingga Ahad depan apabila berkunjung ke West Bromwich Albion.

“Memang sesuatu yang sukar untuk melihat United terutama apabila mereka sedang beraksi cemerlang serta mencatat kemenangan,” kata Gerrard. “Saya akan menyaksikan perlawanan mereka malam esok. Kami mahu menang musim ini.

“Manchester United berada dalam keadaan cukup selesa, mereka adalah pilihan - tetapi kemungkinan untuk kami menang masih ada. Ketika peluang itu masih terbuka, saya akan terus berharap dan berdoa supaya Manchester Untied akan tewas.”

Tekanan serta penantian Liverpool yang cukup lama memberikan pemain tengah England keyakinan bahawa penantian pasukannya yang sudah mencecah 19 tahun, bakal berakhir musim ini.

Buat penyokong setia di Anfield, beberapa persoalan berlegar di fikiran mereka.

Apa akan berlaku jika kontrak pengurus, Rafa Benitez ditandatangani serta merta daripada perkara itu tergantung tanpa ada sebarang kata putus.

Apa akan berlaku jika pasukan itu tidak seri sepanjang 12 perlawanan dan lebih memilukan mereka turut seri dengan pasukan bawahan seperti Hull dan Stoke.

Apa akan berlaku jika Gerrard dan Fernando Torres tidak kerap cedera dan gandingan mereka hanya dapat bertahan selama 12 perlawanan saja.

Gerrard bagaimanapun tidak mahu menjadikan semua dibangkitkan itu punca mengapa mereka kini dianggap sukar untuk menghalang United daripada memenangi liga musim ini.

“Itu semua adalah kemungkinan dan alasan,” katanya. “Kami sudah membuktikan sepanjang musim ini bahawa kami sudah melakukan kebangkitan yang cukup baik.”

Apa yang mengecewakan Benitez ialah Liverpool dilihat cuma mampu untuk menamatkan musim ini sebagai naib juara walaupun boleh mengatasi rekod pengumpulan mata paling banyak buat kelab itu iaitu 86 mata jika mereka memenangi dua perlawanan terakhir.

“Itu menunjukkan taraf Liga Perdana cukup tinggi dan sukar,” kata jurulatih itu. 

“Tiga tahun lalu, kami menamatkan saingan dengan 82 mata dan ia menjadi catatan rekod buat kelab dan kami menamatkan saingan di tempat ketiga. 

“Itu membuktikan Liga Perdana memang liga sangat kuat. - AP

Sunday, May 10, 2009

‘Kami berjuang hingga ke akhir’


GERRARD menjadi inspirasi kepada kemenangan Liverpool ke atas West Ham kelmarin.


LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berikrar bahawa mereka tidak akan berputus asa dalam misi memburu kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Pengendali dari Sepanyol itu juga bertekad untuk memberi tekanan kepada Manchester United meskipun baki musim ini kian hampir untuk ditamatkan.

The Reds mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas West Ham kelmarin dan ia sudah cukup menyakinkan Benitez bahawa skuad kendalian Alex Ferguson itu tidak mustahil untuk dikejar.

"Kami sedang melaksanakan tugas kami iaitu perlu mendapatkan tiga mata dan terus memberi tekanan ke atas mereka," kata Benitez.

"Kami perlu terus mencatat kemenangan. Jika kami dapat mengutip tiga mata dalam setiap perlawanan, maka kita tidak tahu apa yang akan berlaku."

Steven Gerrard meledak gol pembukaan pada minit pertama permainan di Upton Park dan perancang England itu menambah satu lagi gol menerusi penalti sebelum rehat.

Pemain sayap Belanda, Ryan Babel melengkapkan kejayaan The Reds dengan rembatannya pada minit ke-84.

Benitez juga mengakui keberkesanan gandingan Gerrard dan penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang banyak menyumbang kejayaan pasukannya musim ini biarpun hanya 12 kali digandingkan musim ini.

"Kami telah menjaringkan gol dari segenap penjuru padang yang mana ia satu tanda positif, tapi jika kamu ada Gerrard dan Torres dalam pasukan kamu, ia akan membawa perbezaan yang besar," kata bekas pengurus Valencia itu.

Pengurus West Ham, Gianfranco Zola pula ragu-ragu mengenai peluang The Reds untuk memintas United dalam perebutan liga.

"Saya tidak rasa Manchester akan membiarkan takhta liga terlepas dari tangan mereka jika kita lihat pengalaman yang mereka miliki," kata Zola. - AFP

Tuesday, May 5, 2009

Benitez tetap turun Torres, Alonso

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan gandingan Sepanyol - Fernando Torres dan Xabi Alonso - akan kembali cergas bagi penghujung kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika pasukannya terus menghambat pendahulu, Manchester United. 

Torres yang sudah menjaringkan 16 kali bagi kelab ini musim ini, terlepas aksi kejayaan 3-0 ke atas Newcastle, kelmarin selepas mengalami masalah pangkal paha pada latihan menjelang perlawanan di Anfield. 

Rakan senegaranya, Alonso memulakan perlawanan tetapi dipaksa keluar selepas terjahan ganas pemain tengah Newcastle kelahiran Liverpool, Joey Barton yang menyaksikannya dibuang padang.

Alonso meninggalkan padang di atas pengusung tetapi Benitez tidak mahu membesarkan kebimbangan bahawa pemain itu akan terlepas tiga perlawanan terakhir, musim ini. 

Dia juga menegaskan Torres mungkin dapat diturunkan di bangku simpanan tetapi tidak mahu memperjudikan kecergasannya pada peringkat penting musim ini. 

“Torres mempunyai masalah dengan pangkal paha dan pada akhirnya kami membuat keputusan untuk meninggalkannya daripada skuad,” kata Benitez, selepas gol daripada Yossi Benayoun, Dirk Kuyt dan Lucas mengurangkan pendahuluan United kepada tiga mata.

“Kami perlu membuat keputusan sama ada untuk meletakkannya di bangku simpanan kerana untuk menurunkannya adalah bahaya. 

“Jika dia berada pada bangku simpanan, dia memerlukan pemanas badan yang sepatutnya dan ia juga mendatangkan risiko. Kami memikirkan ia lebih bagus untuk mengenepikannya sama sekali. - AFP

Tidak perlu gusar

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan gandingan Sepanyol, Fernando Torres dan Xabi Alonso bakal kembali cergas untuk menghadapi pertarungan penentuan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas skuadnya terus memberi tekanan kepada pendahulu, Manchester United.

Torres, menjaringkan 16 gol untuk kelab itu musim ini, terlepas perlawanan kelmarin sewaktu Liverpool mencatat kemenangan 3-0 mengatasi Newcastle, apabila mengalami masalah ketegangan hamstring pada sesi latihan menjelang perlawanan di Anfield.

Rakan senegaranya, Alonso berada dalam kesebelasan utama tetapi terpaksa meninggalkan padang selepas diterjah pemain Newcastle kelahiran Liverpool, Joey Barton, menyebabkannya dibuang padang.

Alonso dibawa keluar meninggalkan padang dengan pengusung tetapi Benitez tidak mahu memperbesarkan kebimbangan pemain tengah itu akan terlepas beraksi tiga perlawanan terakhir musim ini.

Dia turut menegaskan Torres mungkin berada dalam senarai pemain di bangku simpanan tetapi mengambil keputusan untuk mempertaruhkan tahap kecergasannya pada peringkat penting seperti itu dalam musim ini.

“Torres berdepan masalah hamstring dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengetepikannya daripada skuad itu,” kata Benitez, selepas jaringan melalui Yossi Benayoun, Dirk Kuyt dan Lucas memastikan jurang tiga mata di belakang pendahulu, United dikekalkan.

“Kami terpaksa membuat keputusan sama ada meletakkannya di bangku simpanan kerana menurunkannya akan membuatkan keadaan lebih bahaya.

“Jika dia diletakkan di bangku simpanan, dia perlu memanaskan badan yang sempurna dan ia turut memberikan risiko. Kami menjangkakan adalah lebih baik untuk mengeluarkan mereka berdua.” 

Benitez berharap Torres akan cukup cergas untuk menghadapi perlawanan menentang West Ham, Sabtu depan, perlawanan perlu dimenangi oleh Liverpool jika mahu terus mencabar United untuk perebutan gelaran itu. - AFP

Sunday, May 3, 2009

The Reds tambah tekanan


KUYT (kanan) menanduk masuk gol kedua Liverpool ketika menewaskan Newcastle 3-0 pada aksi Liga Perdana England di Anfield semalam.





LONDON - Liverpool kembali merapatkan jurang kepada tiga mata ke atas pendahulu Liga Perdana England, Manchester United selepas menewaskan Newcastle 3-0 di Anfield semalam.

Dua gol dalam masa enam minit pada babak pertama daripada Yossi Benayoun dan Dirk Kuyt serta jaringan perancang dari Brazil, Lucas sudah cukup memberi kemenangan penting buat The Reds ke atas anak buah Alan Shea- rer itu.

United masih lagi menjadi pili- han menjuarai gelaran liga buat kali ketiga berturut-turut apabila memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding Liverpool.

Begitupun, pengurus The Reds, Rafael Benitez masih enggan menyerahkan takhta tersebut begitu saja kerana United masih berdepan lawan yang agak liat termasuk menentang Manchester City dan Arsenal.

Liverpool kini mengutip 22 mata dari lapan perlawanan terakhir selepas dengan mudah menundukkan Newcastle yang terpaksa bermain dengan 10 orang setelah Joey Barton dilayangkan kad merah ekoran mengasari Xabi Alonso.

Barton membuat penampilan sulungnya sejak pulih daripada kecederaan Januari lalu, namun pemain kelahiran Liverpool itu bakal terlepas baki tiga perlawanan pasukannya berikutan kad merah keduanya di Anfield itu.

Benitez juga terpaksa mengeluarkan Alonso yang dikhuatiri cedera di buku lali dan mungkin turut terlepas baki tiga perlawanan The Redsmenentang West Ham, West Brom dan Tottenham.

Liverpool kini mengumpul 77 mata dengan baki tiga perlawanan manakala pendahulu, United mengumpul 80 mata dan memiliki empat baki perlawanan.

Keputusan itu pula menyaksikan Newcastle masih berada dalam zon penyingkiran selepas hanya mengumpul 31 mata daripada 35 perlawanan.

Dengan baki tiga lagi perlawanan untuk ditamatkan, Newcastle kini berada tiga mata di belakang Hull City yang berada di tangga ke-17. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...