Torres yang sudah menjaringkan 16 kali bagi kelab ini musim ini, terlepas aksi kejayaan 3-0 ke atas Newcastle, kelmarin selepas mengalami masalah pangkal paha pada latihan menjelang perlawanan di Anfield.
Rakan senegaranya, Alonso memulakan perlawanan tetapi dipaksa keluar selepas terjahan ganas pemain tengah Newcastle kelahiran Liverpool, Joey Barton yang menyaksikannya dibuang padang.
Alonso meninggalkan padang di atas pengusung tetapi Benitez tidak mahu membesarkan kebimbangan bahawa pemain itu akan terlepas tiga perlawanan terakhir, musim ini.
Dia juga menegaskan Torres mungkin dapat diturunkan di bangku simpanan tetapi tidak mahu memperjudikan kecergasannya pada peringkat penting musim ini.
“Torres mempunyai masalah dengan pangkal paha dan pada akhirnya kami membuat keputusan untuk meninggalkannya daripada skuad,” kata Benitez, selepas gol daripada Yossi Benayoun, Dirk Kuyt dan Lucas mengurangkan pendahuluan United kepada tiga mata.
“Kami perlu membuat keputusan sama ada untuk meletakkannya di bangku simpanan kerana untuk menurunkannya adalah bahaya.
“Jika dia berada pada bangku simpanan, dia memerlukan pemanas badan yang sepatutnya dan ia juga mendatangkan risiko. Kami memikirkan ia lebih bagus untuk mengenepikannya sama sekali. - AFP
No comments:
Post a Comment