Sunday, May 3, 2009

The Reds tambah tekanan


KUYT (kanan) menanduk masuk gol kedua Liverpool ketika menewaskan Newcastle 3-0 pada aksi Liga Perdana England di Anfield semalam.





LONDON - Liverpool kembali merapatkan jurang kepada tiga mata ke atas pendahulu Liga Perdana England, Manchester United selepas menewaskan Newcastle 3-0 di Anfield semalam.

Dua gol dalam masa enam minit pada babak pertama daripada Yossi Benayoun dan Dirk Kuyt serta jaringan perancang dari Brazil, Lucas sudah cukup memberi kemenangan penting buat The Reds ke atas anak buah Alan Shea- rer itu.

United masih lagi menjadi pili- han menjuarai gelaran liga buat kali ketiga berturut-turut apabila memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding Liverpool.

Begitupun, pengurus The Reds, Rafael Benitez masih enggan menyerahkan takhta tersebut begitu saja kerana United masih berdepan lawan yang agak liat termasuk menentang Manchester City dan Arsenal.

Liverpool kini mengutip 22 mata dari lapan perlawanan terakhir selepas dengan mudah menundukkan Newcastle yang terpaksa bermain dengan 10 orang setelah Joey Barton dilayangkan kad merah ekoran mengasari Xabi Alonso.

Barton membuat penampilan sulungnya sejak pulih daripada kecederaan Januari lalu, namun pemain kelahiran Liverpool itu bakal terlepas baki tiga perlawanan pasukannya berikutan kad merah keduanya di Anfield itu.

Benitez juga terpaksa mengeluarkan Alonso yang dikhuatiri cedera di buku lali dan mungkin turut terlepas baki tiga perlawanan The Redsmenentang West Ham, West Brom dan Tottenham.

Liverpool kini mengumpul 77 mata dengan baki tiga perlawanan manakala pendahulu, United mengumpul 80 mata dan memiliki empat baki perlawanan.

Keputusan itu pula menyaksikan Newcastle masih berada dalam zon penyingkiran selepas hanya mengumpul 31 mata daripada 35 perlawanan.

Dengan baki tiga lagi perlawanan untuk ditamatkan, Newcastle kini berada tiga mata di belakang Hull City yang berada di tangga ke-17. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...