Monday, April 13, 2009

`Kami mampu bangkit’

LONDON: Jika Liverpool mahu meraih kejayaan tersohor dalam pertemuan getir menentang Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi esok, mereka perlu bergantung kepada pemain yang akan memainkan peranan utama- Fernando Torres.

Torres menjaringkan gol separuh lambung ketika dia melonjakkan koleksi golnya kepada 14 musim ini dengan dua jaringan ketika Liverpool membelasah Blackburn, 4-0, Sabtu lalu dan penyerang Sepanyol itu percaya keputusan itu membuktikan Liverpool masih mempunyai kekuatan untuk menjaringkan gol bagi melancarkan kebangkitan dalam pertemuan itu.

“Cara kami bermain sangat bagus dan baik untuk persediaan bagi menghadapi perlawanan itu,” kata Torres. “Kemenangan ini memberikan kami keyakinan selepas kekalahan 3-1 itu. Tapi, saya percaya yang pasukan ini boleh menjaringkan tiga gol di Stamford Bridge. Kami menang ketika beraksi di Manchester United, memang mereka turut menjaringkan gol, tapi kami masih menang 4-1.

“Chelsea mungkin bertahan, tapi saya ragu-ragu mereka akan melakukannya. Mereka juga mahu menjaringkan gol dan situasi itu akan memberikan kami peluang.”

Dalam pada itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez meletakkan Steven Gerrard (gambar) di bangku simpanan ketika bertemu Blackburn kerana kecederaan pangkal paha, tapi pemain tengah England itu pasti diturunkan dalam pertemuan menentang Chelsea.

Benitez berkata, beliau sanggup mengambil risiko dengan menurunkan kapten pasukannya yang cedera itu untuk pertemuan kedua di Stamford Bridge. 

Gerrard tidak bermain ketika Liverpool menang 4-0 ke atas Blackburn Rovers, Sabtu lalu, tapi Benitez berharap pemain itu akan segera sembuh bagi membantu pasukannya mengatasi defisit 3-1 di Stamford Bridge.

“Keadaannya sudah semakin pulih, tapi dia masih menjalani latihan bersama petugas perubatan kami,” kata Benitez.

“Dia akan menjalani satu lagi latihan dan selepas itu, kami akan menilai semula keupayaannya.

“Memang ada perubahan sekiranya dia bermain. Kami perlukan khidmatnya kerana dia tonggak kami. Semua boleh berubah sekiranya mereka boleh bermain. 

“Kami akan berbincang dengan doktor dan pemain itu sendiri sebelum perlawanan.

“Ia bukanlah satu risiko yang besar, tapi anda mungkin kehilangan seorang pemain untuk tempoh 10 hingga 15 hari dan tempoh itu sudah cukup berat.”

Chelsea pula tidak dapat menurunkan ketua pasukan, John Terry yang digantungan satu perlawanan selepas menerima kad kuning kerana mengasari penjaga gol Liverpool, Jose Reina pada perlawanan pertama. - Agensi

Liverpool harus contohi Bolton (Liverpool Should Follow Bolton An Example)



IVANOVIC (kanan) melonjak untuk menjaringkan gol dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Anfield, minggu lalu. Kini dia menjadi 'ikon' baru buat Chelsea dan menjadi tumpuan awal pagi esok.

Skuad Benitez berdepan misi mustahil jaring tiga gol di Stamford Bridge 

LONDON: Jika Liverpool mahu mencari inspirasi apabila berdepan tugas sukar untuk pertemuan dengan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara esok (awal pagi Rabu waktu Malaysia), mereka hanya perlu mencontohi Bolton Wanderes. 

Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol di Stamford Bridge, untuk mengatasi Chelsea di perlawanan kedua suku akhir selepas tewas 3-1 kepada pasukan bimbingan Guus Hiddink itu minggu lalu.

Bolton menjaringkan tiga gol dalam masa lapan minit di Chelsea kelmarin, selepas mendapatkan gol pertama mereka sesudah ketinggalan 4-0 dan Chelsea sudah mengeluarkan Frank Lampard dan Didier Drogba apabila perlawanan kelihatan sudah dimenangi mereka. 

Walaupun Chelsea bertahan untuk menewaskan Bolton 4-3 dan mengekalkan tekanan ke atas Liverpool dan pendahulu, Manchester United di Liga Perdana, Bolton sudah membuktikan pertahanan Chelsea bukan tidak boleh ditembusi. 

"Saya sedikit risau kami melepaskan tiga gol tetapi setiap perlawanan berbeza, namun biar ia menjadi pengajaran, " kata jurulatih sementara Chelsea, Hiddink.

Walaupun tanpa kapten pasukan, John Terry yang menjalani penggantungan, mereka tetap mempunyai pemain gantian yang berkemampuan seperti yang dibuktikan pemain pertahanan Serbia, Branislav Ivanovic yang jarang diturunkan dan menjaringkan dua gol di Anfield. 

Ricardo Carvalho yang kembali dalam kesebelasan utama pasukan selepas tidak beraksi tiga perlawanan, dijangka mengisi kekosongan Terry. 

Liverpool pasti berharap untuk mengelak kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge apabila mereka tewas di separuh akhir musim lalu. 

Bagaimanapun, mereka sudah menang di sana musim ini dengan kemenangan 1-0 Oktober lalu yang menamatkan rekod tanpa kalah 86 perlawanan Chelsea di tempat sendiri dalam Liga Perdana.

Sejak itu, Chelsea sudah menggantikan jurulatih, Luiz Felipe Scolari dengan Hiddink dan nasib mereka berubah di bawahnya dengan sembilan kemenangan daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan. – Reuters 

Gerrard dipertaruhkan

LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez bakal membahayakan ketua pasukan Steven Gerrard yang tercedera bagi menghadapi perlawanan kedua suku akhir bola sepak Liga JuaraJuara di Chelsea, esok.

Gerrard direhatkan ketika kemenangan Liverpool 4-0 dalam aksi Liga Perdana ke atas Blackburn Rovers, Sabtu lalu dengan satu kecederaan pangkal paha tetapi Benitez berharap dia mampu pulang dalam usaha Liverpool mengubah kedudukan ketinggalan 3-1 di Stamford Bridge itu.

"Dia bertambah baik tetapi dia masih berusaha dengan ahli fisioterapinya untuk terus mengekalkan kecergasan," kata Benitez kepada Sky Sports, kelmarin.

"Kami ada satu lagi hari latihan dan kemudian selepas itu, kami akan melihat bagaimana dia rasa," katanya.

"Ia mencipta satu kelainan jika kami bermain dengannya. Jelasnya, kami memerlukannya, dia seorang pemain penting bagi kami.

"Semuanya mampu berubah jika dia boleh bermain dan jika dia bermain baik.

"Kami akan bercakap dengan doktor dan dengannya sebelum perlawanan.

"Ia bukan satu risiko yang besar tetapi ada sesuatu yang kecil kerana anda boleh kehilangan pemain itu selama 10-15 hari dan ia mungkin buruk," katanya. - Reuters

Liverpool azam bangkit






BERSEMANGAT... Pemain Liverpool mengharapkan keajaiban untuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok.


LONDON - Fernando Torres percaya jaringan menakjubkan yang dilakukan di Anfield baru-baru ini mampu memberi inspirasi kepada Liverpool untuk mempamerkan satu lagi aksi bergaya dalam kempen Eropah.

Skuad kendalian Rafael Benitez itu perlu menjaringkan tiga gol di Stamford Bridge pagi esok untuk mencerahkan peluang dalam kempen Liga Juara-Juara selepas tumpas 1-3 pada aksi suku akhir pertama minggu lepas.

Mungkin ramai yang beranggapan The Reds tidak berpeluang melangkah ke separuh akhir kecuali mereka mengulangi kejayaan besar 5-2 ke atas Chelsea pada 1989 yang mana merupakan kejayaan terakhir mereka merangkul gelaran Liga Perdana England.

Namun, selepas menjaringkan gol pembukaan ketika Liverpool membelasah Blackburn 4-0 Sabtu lalu, Torres menegaskan keyakinan mula memuncak dalam diri pemain The Reds.

Malah, bintang Sepanyol itu berasakan tiada sebab mengapa Liverpool tidak mampu mempamerkan aksi kebangkitan sekali lagi, terutama setelah menyaksikan Chelsea dibolosi tiga gol pada lewat permainan ketika menentang Bolton, Sabtu lalu.

"Kami perlu mengekalkan keyakinan kami selepas perlawanan Liga Juara-Juara dan amat penting untuk kami menghadiahkan kemenangan kepada peminat," kata Torres.

"Sudah tentu kami sedar bukan mudah untuk mendapatkan tiga gol menentang Chelsea kerana mereka sebuah pasukan yang kuat.

"Tetapi kami telah menewaskan Manchester United di Old Traf- ford, jadi kami tahu kami boleh melakukannya. Mereka (United) menjaringkan gol tetapi kami tetap menang 4-1. Kami yakin mampu turun di sana dan memenangi pertemuan ini.

"Saya tidak fikir Chelsea akan main bertahan, saya jamin mereka juga mahukan kemenangan. Mereka sedar jika mereka menjaringkan satu atau dua gol, kemenangan berpihak kepada mereka." - Agensi

Sunday, April 12, 2009

EPL 2008-09 season: Fergie returns fire in Benitez feud

Ferguson has questioned the timing of Benitez’s “scared” accusation.
Ferguson has questioned the timing of Benitez’s “scared” accusation.

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson has cranked up his war of words with Rafael Benitez by voicing surprise that the Liverpool manager took aim at Manchester United while preparing for their Champions League clash with Chelsea.

United boss Ferguson and Liverpool manager Benitez have been embroiled in a lengthy verbal feud since the Spaniard hit out at Ferguson's conduct at a January press conference.

Benitez stepped up the row earlier this month by responding to suggestions by Ferguson that the winners of the Liverpool-Chelsea Champions League tie would prove to be United's closest challengers in the Premier League title race, with a claim that the Old Trafford boss was 'maybe a little bit scared' of Liverpool.

With United and Liverpool still vying for the title, Ferguson has questioned the timing of Benitez's "scared" accusation.

The Scot said: "If you ask me a question about other teams, I'll give you an opinion. There's no fault in that.
"Arsene Wenger was talking about Manchester United a couple of weeks ago when he was asked a question and he gave a fair answer.

"But the interesting thing as far as Rafa Benitez is concerned is that he's got a European tie (against Chelsea) and he's talking about Alex Ferguson. Fantastic! I didn't know I was that important!"

Ferguson, speaking ahead of yesterday's league trip to Sunderland, smiled when asked whether he had 'got under Benitez's skin.' 

"I have no more comment to make!" he said.

With many focusing on the battle between United and Liverpool, Ferguson has warned against discounting the claims of Chelsea, who flexed their muscles with a 3-1 win at Anfield in their Champions League first-leg.

Ferguson said: "Chelsea will be absolutely buoyed up (by the victory at Liverpool). You saw the celebrations at the end.

"They knew it was an emphatic result and they will be flying at the moment. That was a good performance by them. I remember when we won the Treble in 1999 -- you can never forget Ryan Giggs' goal (against Arsenal) at Villa Park.

"That just lifted everyone and from then on we were unbeatable. It does that to you when you get a very important result, but hopefully Chelsea are beatable.

"I'd be happy with the race going down to the last day, though. It would do me fine because we're used to that. We've done it four times." -- AFP

**Overconfident**

Parut Hillsborough (Hillsborough Scar)

LIVERPOOL: Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard percaya parut akibat bencana Hillsborough yang turut mengorbankan nyawa sepupunya, selain 95 penyokong lain, tidak akan hilang buat selama-lamanya.

Berikutan ulang tahun ke-20 memperingati tragedi itu yang akan dilangsungkan pada Rabu ini, bintang England itu, yang ketika kejadian baru berusia 9 tahun, mengimbau kembali perasaan menakutkan dialaminya apabila mendapat tahu sepupunya, Jon-Paul Gilhooley, 10, menjadi mangsa termuda musibah itu.

“Kami menerima ketukan di pintu pada keesokan paginya bagi berita yang seorang ahli keluarga kami yang berada di perlawanan itu, terbunuh,” kata Gerrad.

“Sudah pasti, ia adalah saat sukar, apatah lagi apabila mengetahui salah seorang sepupu anda berada di perlawanan itu dan mati terpijak. Melihat reaksi ibu, bapa dan keluarga membantu saya untuk menjadi seorang pemain sebagaimana sekarang.

“Segala-galanya sudah berlalu, tapi parut itu tidak akan sembuh dan peminat juga tidak akan lupa. Jadi, anda boleh sentiasa bergantung kepada penyokong kami apabila anda memerlukan mereka.”

Gerrard akan memainkan peranan utama dalam majlis memperingati itu yang akan diadakan di Anfield, Rabu ini, sehari selepas Liverpool cuba untuk menterbalikkan defisit 3-1 dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara di Chelsea.

“Memori Hillsborough begitu penting bagi kelab ini dan semua 96 yang terkorban itu tidak akan dilupakan, selain mereka yang tercedera,” katanya.

“Adalah penting untuk mereka mengingati individu itu dan bukannya sekadar jumlah 96. Kelab ini bertarung untuk keadilan sejak itu dan akan terus melakukannya.

“Kami sudah bersama sejak hari itu sepertimana yang kami selalu lakukan di kelab ini dan ia menunjukkan betapa rapatnya kami di kelab ini, sentiasa bersama apabila keadaan memerlukan.

“Kami bersama bukan saja di atas padang, tapi turut bersatu di luar.” - AFP

Ferguson persenda Benitez (BHarian)

Pengurus United dakwa Liverpool bukan lagi ancaman pertahan trofi EPL 

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson, kelmarin mempersenda Rafael Benitez ekoran kekalahan dramatik Liverpool pada Liga Juara-juara Eropah dan mendakwa Chelsea kini adalah ancaman utama kepada misi Manchester United mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Benitez menghangatkan kembali ‘pertikaman lidah’ dengan Ferguson sebelum pertemuan Liverpool-Chelsea, Rabu lalu, apabila mendakwa kecenderungan pengurus United itu bercakap mengenai Liverpool membuktikan dia ‘takut’ kepada pesaing utama itu.

Tetapi selepas melihat Chelsea melakar kemenangan 3-1 di Anfield, Ferguson tidak melepaskan peluang untuk mempersenda Benitez dengan gaya yang menampakkan dia gembira kerana berjaya mengganggu tumpuan pengendali dari Sepanyol itu. 

“Apa yang menarik mengenai Rafael Benitez ialah dia ada perlawanan di Eropah tetapi dia memilih untuk bercakap mengenai Alex Ferguson. Hebat! Saya tidak tahu yang saya begitu penting.” 

Ditanya sama ada dia berjaya membuat pengurus Liverpool itu geram dengannya, Ferguson, berpeluk tubuh dan bersandar dengan senyuman di wajahnya.

“Saya tiada lagi komen mahu dibuat,” katanya sambil memberi reaksi bahawa dia tahu sudah berjaya mendapatkan sasaran yang dimahukan. 

“Jika anda tanya saya mengenai pasukan lain, saya akan beri pendapat. Itu tidak salah. Arsene Wenger bercakap mengenai United beberapa minggu lalu, yang saya cuba perkecilkan sebaik mungkin kerana saya tahu bahayanya. Tetapi dia ditanyakan soalan, dan dia memberi jawapan yang adil.” 

Ferguson percaya cara Chelsea melakar kemenangan ke atas Liverpool bermakna mereka mempunyai dorongan untuk mengejar United sehingga penghujung musim - sesuatu yang dipersetujui Wenger, kelmarin. 

Malah Ferguson membandingkan kesan kejayaan itu seperti gol kemenangan Ryan Giggs pada separuh akhir Piala FA ke atas Arsenal yang menunjangi pencapaian tiga gelaran mereka, sedekad lalu.

“Chelsea pastinya kini amat bersemangat. Anda lihat kegembiraan dipamerkan mereka di penghujung perlawanan. Mereka tahu ia kemenangan mudah. Mereka pasti akan sukar dikekang ketika ini.” - DM

**That's why i hate most about MU** So pathetic. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...