Monday, April 13, 2009

Liverpool azam bangkit






BERSEMANGAT... Pemain Liverpool mengharapkan keajaiban untuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok.


LONDON - Fernando Torres percaya jaringan menakjubkan yang dilakukan di Anfield baru-baru ini mampu memberi inspirasi kepada Liverpool untuk mempamerkan satu lagi aksi bergaya dalam kempen Eropah.

Skuad kendalian Rafael Benitez itu perlu menjaringkan tiga gol di Stamford Bridge pagi esok untuk mencerahkan peluang dalam kempen Liga Juara-Juara selepas tumpas 1-3 pada aksi suku akhir pertama minggu lepas.

Mungkin ramai yang beranggapan The Reds tidak berpeluang melangkah ke separuh akhir kecuali mereka mengulangi kejayaan besar 5-2 ke atas Chelsea pada 1989 yang mana merupakan kejayaan terakhir mereka merangkul gelaran Liga Perdana England.

Namun, selepas menjaringkan gol pembukaan ketika Liverpool membelasah Blackburn 4-0 Sabtu lalu, Torres menegaskan keyakinan mula memuncak dalam diri pemain The Reds.

Malah, bintang Sepanyol itu berasakan tiada sebab mengapa Liverpool tidak mampu mempamerkan aksi kebangkitan sekali lagi, terutama setelah menyaksikan Chelsea dibolosi tiga gol pada lewat permainan ketika menentang Bolton, Sabtu lalu.

"Kami perlu mengekalkan keyakinan kami selepas perlawanan Liga Juara-Juara dan amat penting untuk kami menghadiahkan kemenangan kepada peminat," kata Torres.

"Sudah tentu kami sedar bukan mudah untuk mendapatkan tiga gol menentang Chelsea kerana mereka sebuah pasukan yang kuat.

"Tetapi kami telah menewaskan Manchester United di Old Traf- ford, jadi kami tahu kami boleh melakukannya. Mereka (United) menjaringkan gol tetapi kami tetap menang 4-1. Kami yakin mampu turun di sana dan memenangi pertemuan ini.

"Saya tidak fikir Chelsea akan main bertahan, saya jamin mereka juga mahukan kemenangan. Mereka sedar jika mereka menjaringkan satu atau dua gol, kemenangan berpihak kepada mereka." - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...