MANCHESTER: Sir Alex Ferguson, kelmarin mempersenda Rafael Benitez ekoran kekalahan dramatik Liverpool pada Liga Juara-juara Eropah dan mendakwa Chelsea kini adalah ancaman utama kepada misi Manchester United mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Benitez menghangatkan kembali ‘pertikaman lidah’ dengan Ferguson sebelum pertemuan Liverpool-Chelsea, Rabu lalu, apabila mendakwa kecenderungan pengurus United itu bercakap mengenai Liverpool membuktikan dia ‘takut’ kepada pesaing utama itu.
Tetapi selepas melihat Chelsea melakar kemenangan 3-1 di Anfield, Ferguson tidak melepaskan peluang untuk mempersenda Benitez dengan gaya yang menampakkan dia gembira kerana berjaya mengganggu tumpuan pengendali dari Sepanyol itu.
“Apa yang menarik mengenai Rafael Benitez ialah dia ada perlawanan di Eropah tetapi dia memilih untuk bercakap mengenai Alex Ferguson. Hebat! Saya tidak tahu yang saya begitu penting.”
Ditanya sama ada dia berjaya membuat pengurus Liverpool itu geram dengannya, Ferguson, berpeluk tubuh dan bersandar dengan senyuman di wajahnya.
“Saya tiada lagi komen mahu dibuat,” katanya sambil memberi reaksi bahawa dia tahu sudah berjaya mendapatkan sasaran yang dimahukan.
“Jika anda tanya saya mengenai pasukan lain, saya akan beri pendapat. Itu tidak salah. Arsene Wenger bercakap mengenai United beberapa minggu lalu, yang saya cuba perkecilkan sebaik mungkin kerana saya tahu bahayanya. Tetapi dia ditanyakan soalan, dan dia memberi jawapan yang adil.”
Ferguson percaya cara Chelsea melakar kemenangan ke atas Liverpool bermakna mereka mempunyai dorongan untuk mengejar United sehingga penghujung musim - sesuatu yang dipersetujui Wenger, kelmarin.
Malah Ferguson membandingkan kesan kejayaan itu seperti gol kemenangan Ryan Giggs pada separuh akhir Piala FA ke atas Arsenal yang menunjangi pencapaian tiga gelaran mereka, sedekad lalu.
“Chelsea pastinya kini amat bersemangat. Anda lihat kegembiraan dipamerkan mereka di penghujung perlawanan. Mereka tahu ia kemenangan mudah. Mereka pasti akan sukar dikekang ketika ini.” - DM
**That's why i hate most about MU** So pathetic.
No comments:
Post a Comment