Monday, April 13, 2009

Gerrard dipertaruhkan

LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez bakal membahayakan ketua pasukan Steven Gerrard yang tercedera bagi menghadapi perlawanan kedua suku akhir bola sepak Liga JuaraJuara di Chelsea, esok.

Gerrard direhatkan ketika kemenangan Liverpool 4-0 dalam aksi Liga Perdana ke atas Blackburn Rovers, Sabtu lalu dengan satu kecederaan pangkal paha tetapi Benitez berharap dia mampu pulang dalam usaha Liverpool mengubah kedudukan ketinggalan 3-1 di Stamford Bridge itu.

"Dia bertambah baik tetapi dia masih berusaha dengan ahli fisioterapinya untuk terus mengekalkan kecergasan," kata Benitez kepada Sky Sports, kelmarin.

"Kami ada satu lagi hari latihan dan kemudian selepas itu, kami akan melihat bagaimana dia rasa," katanya.

"Ia mencipta satu kelainan jika kami bermain dengannya. Jelasnya, kami memerlukannya, dia seorang pemain penting bagi kami.

"Semuanya mampu berubah jika dia boleh bermain dan jika dia bermain baik.

"Kami akan bercakap dengan doktor dan dengannya sebelum perlawanan.

"Ia bukan satu risiko yang besar tetapi ada sesuatu yang kecil kerana anda boleh kehilangan pemain itu selama 10-15 hari dan ia mungkin buruk," katanya. - Reuters

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...