Berikutan ulang tahun ke-20 memperingati tragedi itu yang akan dilangsungkan pada Rabu ini, bintang England itu, yang ketika kejadian baru berusia 9 tahun, mengimbau kembali perasaan menakutkan dialaminya apabila mendapat tahu sepupunya, Jon-Paul Gilhooley, 10, menjadi mangsa termuda musibah itu.
“Kami menerima ketukan di pintu pada keesokan paginya bagi berita yang seorang ahli keluarga kami yang berada di perlawanan itu, terbunuh,” kata Gerrad.
“Sudah pasti, ia adalah saat sukar, apatah lagi apabila mengetahui salah seorang sepupu anda berada di perlawanan itu dan mati terpijak. Melihat reaksi ibu, bapa dan keluarga membantu saya untuk menjadi seorang pemain sebagaimana sekarang.
“Segala-galanya sudah berlalu, tapi parut itu tidak akan sembuh dan peminat juga tidak akan lupa. Jadi, anda boleh sentiasa bergantung kepada penyokong kami apabila anda memerlukan mereka.”
Gerrard akan memainkan peranan utama dalam majlis memperingati itu yang akan diadakan di Anfield, Rabu ini, sehari selepas Liverpool cuba untuk menterbalikkan defisit 3-1 dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara di Chelsea.
“Memori Hillsborough begitu penting bagi kelab ini dan semua 96 yang terkorban itu tidak akan dilupakan, selain mereka yang tercedera,” katanya.
“Adalah penting untuk mereka mengingati individu itu dan bukannya sekadar jumlah 96. Kelab ini bertarung untuk keadilan sejak itu dan akan terus melakukannya.
“Kami sudah bersama sejak hari itu sepertimana yang kami selalu lakukan di kelab ini dan ia menunjukkan betapa rapatnya kami di kelab ini, sentiasa bersama apabila keadaan memerlukan.
“Kami bersama bukan saja di atas padang, tapi turut bersatu di luar.” - AFP
No comments:
Post a Comment