Kapten Liverpool bakal digugurkan
LONDON – Kedudukan kapten Liverpool, Steven Gerrard dalam skuad
kebangsaan England bakal terancam andai dia disabitkan dengan kesalahan
jenayah yang serius.
Namun, jurulatih England, Fabio Capello mengesahkan buat masa ini,
karier pemain tengah itu dalam skuad kebangsaan masih lagi selamat.
Jurulatih dari Itali itu menjelaskan bahawa dia hanya akan
mempertimbangkan semula kedudukan Gerrard jika pemain itu telah
disabitkan kesalahan.
Kelmarin, Gerrard ditahan pihak polis atas kesalahan mendatangkan kecederaan dan melakukan rusuhan di sebuah kelab malam.
Namun, sebarang kes terhadap Gerrard mungkin tidak akan dibicarakan
ke mahkamah sebelum perlawanan persahabatan England dengan Sepanyol 11
Februari depan.
Bagi Persatuan Bola Sepak (FA) England, mereka tidak akan terlibat
mengenai perkara tersebut ketika polis masih lagi menjalankan siasatan.
“Tiada siapa tahu fakta sebenarnya, jadi kami tidak akan membincangkan perkara ini,” jelas jurucakap FA.
“Tiada pemain yang akan disingkirkan dari mewakili England ketika mereka masih lagi dalam siasatan polis.
“Keputusan ini hanya akan berubah jika terdapat satu sabitan
kesalahan jenayah yang serius. Kemudian kes ini akan dipertimbangkan
semula di atas sumbangan pemain itu,” tambahnya. – Agensi
No comments:
Post a Comment