Tuesday, December 16, 2008

Liverpool mahu Arsenal kecewa



ARBELOA (kiri) tekad bantu Liverpool raih kemenangan di Emirates, Ahad ini.







LONDON - Pemain pertahanan Liverpool, Alvaro Arbeloa yakin The Reds akan sekali lagi membuatkan Arsenal kecewa.


Arbeloa berkata, Liverpool mampu mencipta kejutan ke atas Arsenal
apabila kedua- dua pasukan berentap pada aksi Liga Perdana England,
Ahad ini.


Arbeloa menegaskan, Liverpool adalah pasukan yang tepat untuk
meranapkan impian skuad kendalian Arsene Wenger itu dalam perebutan
trofi liga musim ini.


Selepas berjaya mengalahkan seteru utama mereka, Manchester United
dan Chelsea, Arbeloa yakin Liverpool mampu menjinakkan Arsenal di
Emirates kelak.


"Kami bakal berdepan pertemuan yang sukar dengan Arsenal, tetapi
kami percaya dengan diri sendiri dan yakin mampu mencatat kemenangan di
sana.


"Kami sudah pun menewaskan Manchester United dan Chelsea dan kini kami mahu menewaskan Arsenal pula.


"Kami mempunyai sebuah pasukan yang bagus dan saya tidak fikir
mereka (Arsenal) berada di tahap terbaik sekarang ini, jadi kami ada
satu lagi peluang terbaik untuk menunjuk- kan apa yang kami mampu
lakukan," kata pemain berusia 25 tahun itu.


Sabtu lalu, Liverpool tercicir dua mata di Anfield apabila seri 2-2 dengan Hull City.


Keputusan itu menyaksikan mereka gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir di gelanggang sendiri.


Begitupun, The Reds masih lagi mendahului carta liga ke atas
United, Arsenal dan Chelsea selepas ketiga-tiga kelab itu turut
mencatat keputusan seri sekali lagi.


Arsenal kini lapan mata di belakang Liver- pool dan menghuni tangga kelima liga. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...