PORTSMOUTH: Rafael Benitez menegaskan Liverpool cukup kuat untuk meneruskan persaingan merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun memerlukan jaringan penyerang kurang cergas, Fernando Torres pada waktu tambahan untuk menyelamatkan mereka dengan kemenangan 3-2 di Portsmouth, kelmarin.
Liverpool kelihatan akan ketinggalan lebih jauh di belakang Manchester United dalam saingan gelaran selepas ketinggalan 2-1 ketika perlawanan berbaki enam minit sebelum pemain gantian, Dirk Kuyt dan Torres membawa skuad Benitez ke tangga teratas kedudukan liga.
Benitez, tidak menyenaraikan Torres, Kuyt dan Xabi Alonso dalam kesebelasan utamanya, selepas doktor kelab menasihatinya berikutan keletihan dialami mereka, berkata: “Kekuatan skuad ini sangat bagus.
“Kami perlu menukar sistem kami kerana doktor memberitahu saya, Torres, Alonso dan Kuyt berada dalam keadaan keletihan. Pemain akan memberitahu anda mereka bersedia untuk beraksi tetapi kami memiliki setiap maklumat dan memutuskan lebih baik untuk mengetepikan mereka.
|
“Bagi saya, pemain yang menggantikan mereka memikul tugasan dengan baik. David Ngog, Ryan Babel dan Yossi Benayoun membuktikan mereka adalah pemain yang bagus dan boleh melakukan tugas dengan baik untuk pasukan itu. Ia akan menjadi perkara penting sekarang dan hingga penghujung musim.
|
“Setiap kemenangan sekarang amat penting dan kami perlu menang hampir setiap perlawanan, jadi setiap pemain dalam skuad perlu memainkan peranan mereka.
“Saya sangka barisan saya mulakan mampu memberikan kemenangan cukup bagus dan saya merasakan kami menguasai separuh masa pertama.
“Kami melepaskan dua gol yang buruk dan boleh mengalami kekalahan tetapi kami berhak menang kerana kami bekerja keras sebagai satu pasukan seperti mereka dan bermain dengan lebih baik. Semangat berpasukan dan perwatakan sangat bagus dan keyakinan sangat tinggi dan akan kekal seperti itu sepanjang musim ini.”
Liverpool, sudah pun sedikit lemah berikutan ketiadaan kapten berpengaruh, Steven Gerrard, ketinggalan pada minit ke-62 sewaktu David Nugent menyambut hantaran Peter Crouch untuk menolak bola di celah kaki penjaga gol, Pepe Reina.
Fabio Aurello menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian, menendang masuk bola sepakan percuma pemain gantian, Alonso ke penjuru gawang selepas David James mengawal bola hantaran ke belakang dilakukan oleh Crouch.
Portsmouth mendahului semula ketika perlawanan berbaki 12 minit melalui tandukan Herman Hreidarsson, hasil sepakan percuma Nadir Belhadj sebelum Kuyt menyamakan kedudukan bagi Liverpool sekali lagi melalui rembatan menarik m-84 menerjah jaring selepas Torres berupaya mengawal bola di atas garisan keluar padang.
Torres memberikan penyudah terakhir dengan melompat tinggi di depan gawang Portsmouth untuk menanduk masuk hantaran lintang Benayoun pada m-91 menyebabkan 3,000 penyokong Liverpool bertandang ke stadium itu bersorak gembira. - AFP
No comments:
Post a Comment