Friday, February 6, 2009

Lupakan trauma Piala FA: Benitez




GERRARD (jersi merah) mengalami kecederaan dan dijangka berehat tiga minggu.

PORTSMOUTH (England): Rafael Benitez mencabar anak didik di Liverpool untuk menebus kehampaan gara-gara tersingkir daripada saingan Piala FA dengan membawa pulang mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Anfield buat pertama kali dalam tempoh 19 tahun.

Liverpool berkunjung ke Portsmouth, hari ini (awal pagi Ahad waktu Malaysia) untuk menebus kegagalan tewas 1-0 selepas masa tambahan kepada pasukan tetangga dari Merseyside, Everton tempoh hari.

Namun, Benitez beranggapan penyingkiran daripada kejohanan kalah mati itu kini memberi ruang kepada Liverpool memberi tumpuan penuh dalam usaha untuk merampas gelaran EPL daripada genggaman Manchester United.


“Saya tidak fikir keyakinan kami akan terjejas di atas apa yang terjadi Rabu lalu. Pemain menunjukkan perwatakan hebat dan apabila anda tewas begini ia tidak akan menjejaskan moral pasukan.

“Ia mengecewakan untuk terkeluar daripada Piala FA, tetapi kini kami harus memberi tumpuan untuk liga dan Liga Juara-juara. Jadi masih banyak untuk bermain.

“Ia adalah dua pertandingan besar dan kami berada di posisi baik,” kata Benitez.

Kesengsaraan Liverpool di Goodison Park bertambah parah dengan Steven Gerrard mengalami hamstring koyak selepas hanya 16 minit beraksi.

Kapten Reds itu dijangka berehat tiga minggu dan akan terlepas aksi minggu ini di Fratton Park, dan ia membimbangkan Liverpool kerana Fernando Torres juga bergelut dengan kecergasannya selepas berehat awal musim ini juga kerana kecederaan hamstring.

Torres memang keletihan, Rabu lalu, kerana itu saya mengeluarkannya. Ia jelas dia harus terus bermain dan berlatih kerana tahap kecergasannya tidak berada di tahap terbaik, ” kata Benitez.

Namun, Benitez akan menerima simpati daripada pengurus Portsmouth, Tony Adams yang berjuang untuk menyelamatkan jawatannya. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...