Tuesday, February 3, 2009

Torres inspirasi Liverpool





TORRES muncul wira Liverpool selepas menjaringkan dua gol pada aksi di Anfield kelmarin.


LONDON - Penyerang Liverpool, Fernando Torres menegaskan bahawa skuad The Reds itu kini sudah kembali ke landasan sebenar dalam misi pemburuan kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Keyakinan bintang antarabangsa Sepanyol itu hadir selepas dia
berjaya menemui semula sentuhan jaringannya ketika membantu Liverpool
menewaskan Chelsea kelmarin.


Pada aksi di Anfield itu, Torres meledakkan kedua-dua gol tuan rumah
pada lewat permainan, sekali gus meletakkan Liverpool di tangga kedua
liga dengan 51 mata, dua mata di belakang Manchester United.


Dua gol tersebut merupakan jaringan pertamanya di Anfield sejak kali
terakhir melakukannya ketika menentang Manchester City sembilan bulan
lalu.


"Setiap pemain sedar bahawa ini adalah perlawanan yang penting dan
sudah tentu kami sangat gembira dengan jaringan 2-0," kata Torres.


"Kami tahu perlawanan liga di England lebih banyak daripada liga negara lain, jadi kamu kena teruskan sehingga ia berakhir.


"Ia satu perlumbaan yang panjang. Kami tahu Manchester United berada
di atas liga, tapi kami akan terus berjuang menyaingi mereka sehingga
ke penghujungnya.


"Ini adalah dua gol pertama saya sejak pulih dari kecederaan dan
hasilnya, ia membawa semula keyakinan dan kepercayaan kepada saya,"
ujarnya. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...