Thursday, April 23, 2009

Thailand, Singapura destinasi The Reds


BARISAN pemain bintang kelab Liverpool akan mengadakan perlawanan persahabatan di Thailand dan Singapura pada Julai ini sempena Siri Jelajah Liverpool ke Asia.


KELAB bola sepak Liga Perdana England, Liverpool nampaknya tidak melakukan persinggahan di Kuala Lumpur.

Skuad dari Anfield itu akan berada di Bangkok, Thailand dan Singapura untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan sempena lawatan mereka ke Asia, Julai depan.

Lawatan itu juga merupakan sebahagian daripada persiapan pra-musim mereka menghadapi kempen EPL bagi musim 2009-2010.

The Reds yang memenangi kejuaraan EPL sebanyak 18 kali dan Liga Juara-Juara sebanyak lima kali, dilaporkan akan terbang terus dari kem latihan mereka di Switzerland untuk menentang pasukan kebangsaan Thailand pada 22 Julai dan pasukan Singapura pada 26 Julai.

"Kami mempunyai peminat yang fantastik di Thailand dan Singapura dan sudah tentu ia hebat untuk membawa semula para pemain kami ke sana," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...