Monday, April 20, 2009

Menang atau gulung tikar



SENTUHAN Aurelio (kiri) dan Javier Mascherano masih diperlukan skuad Liverpool.


LIVERPOOL - Hanya kemenangan yang menjadi buruan Liverpool apabila berdepan Arsenal pada aksi penting Liga Perdana England awal pagi esok.

Andai menang, anak buah Rafael Benitez itu berpeluang memintas pendahulu liga, Manchester United dengan kelebihan dua mata.

Namun, ia mungkin hanya seketika kerana United akan menanti kunjungan Portsmouth awal pagi Khamis untuk mencari tiga mata penuh bagi meneruskan penguasaan di takhta liga.

Bagaimanapun, jika Liverpool tewas kepada Arsenal pada aksi di Anfield itu, United berpeluang cerah menjarakkan empat mata dengan masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Benitez berkata, meskipun tidak dapat menurunkan Steven Gerrard yang masih cedera, beliau tetap yakin pasukannya sudah menemui rentak.

Beliau turut yakin dua pertahanannya, Daniel Agger dan Emiliano Insua mampu memberikan sumbangan bermakna buat pasukan The Reds itu.

"Prestasi Insua semakin meningkat dan perebu- tan posisi bek kiri semakin sengit antara Fabio Aurelio dan Andrea Dos- sena juga.

"Agger pula yang beraksi di bek tengah dapat mengawal bola dengan baik dan mampu menjaringkan gol. Dia seorang yang bekerja keras," kata Benitez.

Arsenal pula yang baru tewas 1-2 kepada Chelsea pada separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley Sabtu lalu bakal turun tanpa Robin van Persie yang mengalami kecederaan pangkal paha.

Namun, sensasi England, Theo Walcott berkeyakinan mereka mampu menundukkan Liverpool di Anfield selepas gagal di Wembley.

"Semua orang pernah tersungkur dan kami akan cuba lupakan semua itu kerana kami perlu menghadapi pertemuan penting dengan Liverpool ini," kata Walcott. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...