United mahu lebur rekod Liverpool
MANCHESTER - Selepas 25 tahun bergelar pengurus Manchester United, impian Alex Ferguson untuk meleburkan rekod 18 kejuaraan Liga Perdana England milik Liverpool mungkin akan menjadi realiti malam ini.
Setelah mempamerkan aksi bertenaga ketika menewaskan Chelsea 2-1 di Old Traf- ford minggu lalu, United kini hanya memerlukan seri apabila bertemu Blackburn malam ini untuk mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-19.
United musim ini dikatakan kurang mantap musim ini jika dibandingkan dengan skuad- skuad juara terdahulu yang pernah dibimbing Ferguson sepanjang tempoh 25 tahun lalu.
Namun bagi pemain veteran United, Ryan Giggs yang merupakan satu-satunya pemain yang menjadi anggota pasukan United sepanjang memenangi 11 kejuaraan di bawah Ferguson, mereka langsung tidak terjejas dengan kritikan tersebut.
"Secara jujur, ia langsung tidak mengganggu fokus kami. Memang kami akui sepanjang separuh pertama musim ini, kami tidak beraksi dengan baik tetapi masih mampu meraih keputusan cemerlang.
"Pada saingan pusingan kedua musim ini iaitu selepas perayaan Krismas, kami mula mempamerkan aksi yang lebih baik dan ia diiringi keputusan yang baik.
"Kami telah beraksi dalam beberapa perlawanan dengan begitu hebat, sama ada di pentas Eropah mahupun liga domestik. Jadi kami tak peduli apa orang kata dan kami tahu kualiti yang kami miliki," kata Giggs.
Sementara itu, Ferguson berkata, beliau yakin para pemainnya tidak akan mempersia-siakan mata yang diperlu- kan mereka untuk bergelar juara pada baki dua perlawa- nan terakhir ini.
"Saya kenal para pemain dan mereka tidak akan menghancurkan harapan semua. Kami pasti akan mendapat mata pada dua perlawanan ini. Satu kejutan seandainya kami gagal.
"Kami hanya perlu satu mata dan aksi terakhir bertemu Blackpool akan berlangsung di laman sendiri," jelas Ferguson. - AFP
No comments:
Post a Comment