Tuesday, May 10, 2011

Petikan Akhbar Kosmo 11/05/2011 - Liverpool melonjak tangga kelima


Liverpool melonjak tangga kelima

RODRIGUEZ meledak hatrik ketika Liverpool membelasah Fulham 5-2 di Craven Cottage awal pagi semalam.


LONDON - Liverpool mencerahkan peluang untuk menamatkan saingan Liga Perdana England musim ini di tangga kelima, sekali gus layak ke Liga Eu- ropa musim depan.
Skuad The Reds itu berjaya memintas kedudukan Tottenham Hotspur di tangga kelima liga selepas membelasah Fulham 5-2 di Craven Cottage awal pagi semalam.
Maxi Rodriguez meledak hatrik pada perlawanan tersebut menerusi gol pertama seawal 32 saat permainan dan disusuli dua lagi gol pada minit keenam serta ke-70.
Ia menjadikan keseluruhan tujuh gol berjaya dihasilkan Rodriguez pada tiga aksi terakhir liga.
Dua lagi gol Liverpool pada aksi awal pagi semalam dijaringkan Dirk Kuyt pada minit ke-16 dan Luis Suarez minit ke-75.
Kemenangan tersebut meletakkan Liverpool kini dua mata mengatasi Spurs di tangga kelima.
"Ia satu keputusan yang cukup menakjubkan. Untuk menjaringkan lima gol di tempat lawan umpama suatu mimpi indah," kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.
Ini merupakan kemenangan keenam Liverpool sepanjang sembilan perlawanan terakhir mereka dan ternyata kehadiran Dalglish yang menggantikan Roy Hodgson pada Januari lalu mendatangkan impak positif.
"Kami hanya mendapat faedah daripada keputusan perlawanan pasukan lain jika kami sendiri dapat melaksanakan tugas sendiri dengan baik.
"Tetapi sudah pasti tiada siapa pun menjangkakan kami mampu meneruskan rentak cemerlang seperti ini sejak Januari lalu," jelas Dalglish.
Moussa Dembele dan Steve Sidwell berjaya menjaringkan gol Fulham pada babak kedua tetapi ia belum cukup untuk menyekat kegarangan Liverpool yang seolah-olah tersentak setelah rekod 18 kali kejua- raan liga milik mereka bakal dipintas Manchester United.
"Persembahan pada separuh masa pertama memang tidak boleh diterima," kata pengurus Fulham, Mark Hughes. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...