Tuesday, May 3, 2011

Petikan Akhbar Utusan Malaysia 02/05/2011: Liverpool rampas tangga kelima


Liverpool rampas tangga kelima

LIVERPOOL - Liverpool berjaya merampas kedudukan di tangga kelima Liga Perdana England daripada Tottenham apabila mudah membenam Newcastle 3-0 di Anfield, semalam.
Pemain antarabangsa Argentina, Maxi Rodriguez menjaringkan gol keempatnya dalam dua perlawanan apabila melakukan rembatan voli menarik pada minit ke-10 yang mengenai pertahanan, Danny Simpson sebelum membolosi gawang Newcastle.

Luis Suarez kemudian dijatuhkan pada minit ke-59 oleh Mike Williamson yang memaksa pengadil memberikan penalti kepada Liverpool dan disudahkan oleh Dirk Kuyt.
Pada minit ke-65, gerakan satu dua Suarez dan Kuyt membuahkan hasil apabila Suarez bijak melepaskan rembatan di celahan kaki penjaga gol Newcastle, Tim Krul bagi kemenangan 3-0 buat Liverpool.
Walaupun kedua-dua pasukan mengumpul jumlah 55 mata, Liverpool mempunyai kelebihan daripada segi jaringan berbanding Spurs dan kedudukan itu sudah menjamin tempat buat anak-anak buah Kenny Dalglish ke Liga Europa pada musim hadapan.

Namun, skuad bimbingan Harry Redknapp itu masih berpeluang mengisi kembali kedudukan tangga kelima kerana masih kekurangan satu perlawanan berbanding The Reds.
Spurs telah beraksi dalam 34 perlawanan sementara Liverpool 35. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...