Tuesday, May 3, 2011

Petikan Akhbar Kosmo 02/05/2011: Liverpool baiki kedudukan


Liverpool baiki kedudukan




LIVERPOOL - Liverpool berjaya membaiki kedudukan dalam saingan Liga Perdana England selepas membelasah Newcastle United 3-0 di Anfield malam tadi.
Maxi Rodriguez meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit ke-10 sebelum jaringan penalti Dirk Kuyt pada minit ke-59 dan ledakan Luis Suarez minit ke-65 memastikan tiga mata milik Liverpool.
Meskipun berkongsi 55 mata dengan Tottenham Hotspur, Liverpool berjaya memintas kedudukan Spurs di tangga kelima berdasarkan kelebihan jaringan gol.
Biarpun Tottenham masih kurang satu perlawanan berbanding Liverpool, peluang pasukan itu untuk menduduki kelompok empat teratas, sekali gus mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan semakin tergugat setelah tewas 1-2 kepada Chelsea awal pagi semalam.
Pada aksi di Anfield malam tadi, Maxi membuka tirai jaringan Liverpool selepas menyempurnakan hantaran John Flanagan untuk menewaskan penjaga gol Newcastle, Tim Krul.
Kuyt kemudian menjaringkan gol kelapan pada aksi liga musim ini menerusi sepakan penalti setelah Suarez dijatuhkan pemain pertahanan Newcastle, Mike Williamson.
Suarez melengkapkan kemenangan bergaya Liverpool dengan menjaringkan gol ketiga yang juga merupakan jaringan liga ketiganya musim ini sejak menyertai Liverpool pada Januari lalu.
Rekod 18 kali Liverpool sebagai juara Liga Perdana England mungkin bakal dipecah Manchester United musim ini telah menjaringkan 14 gol pada tiga aksi terakhir di laman sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...