Dalglish akui kagum kelibat Suarez
LIVERPOOL: Kenny Dalglish memuji Luis Suarez (gambar) selepas penyerang Uruguay itu membantu Liverpool mencatat kemenangan 3-0 ke atas Newcastle di Anfield kelmarin.
Tumpuan menjelang perlawanan itu semuanya mengenai penyerang Reds, Andy Carroll mengenai sama ada dia akan beraksi dalam kesebelasan utama menentang bekas kelabnya itu tetapi isu itu kemudian dibayangi oleh prestasi cemerlang Liverpool.
Kemenangan itu melonjakkan Liverpool mengatasi Tottenham ke tangga kelima dan dalam kedudukan kelayakan untuk ke saingan Liga Europa.
Prestasi semasa Liverpool telah menyaksikan mereka mengumpul 30 mata daripada keseluruhan 42 mata dan bos sementara, Daglish berkemungkinan akan disahkan sebagai pengurus tetap menjelang tamat musim.
Carroll tiba dari Newcastle dengan perpindahan bernilai £35 juta (RM 172 juta) pada hujung jendela perpindahan Januari tetapi hanya cukup cergas untuk menjadi pemain gantian pada lewat permainan berikutan kecederaan lutut yang dialami ketika seri menentang Arsenal baru-baru ini.
Dia diejek sepanjang perlawanan dan menyaksikan Rodriguez melakukan voli pada minit ke-10 untuk gol pembukaan sebelum sepakan penalti disempurnakan Kuyt selepas sejam permainan yang diikuti tidak lama kemudian oleh gol menarik jaringan Suarez.
“Dia sentiasa berjaya menembusi benteng lawan dan sentiasa jadi ancaman dan sentiasa melakukannya,” kata Dalglish mengenai Suarez.
“Dia juga adalah seorang yang bagus dan sentiasa suka bermain bola sepak.” - AFP
No comments:
Post a Comment