LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengkritik taktik
bertahan yang diguna Everton selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada
pertemuan pusingan keempat Piala FA kelmarin.
Dua kelab berjiran itu akan berdepan semula pada perlawanan ulangan
di Goodison Park pada 4 Februari untuk menentukan siapa yang bakal
bertemu pemenang di antara Doncaster atau Aston Villa pada pusingan
kelima.
Selepas menyaksikan anak buahnya berhempas-pulas sebelum seri 1-1 dua kali dengan Everton, Benitez jelas sekali kecewa.
"Satu pasukan cuba untuk menang tapi satu pasukan lagi cuba untuk mengelak dari kekalahan," kata Benitez.
"Kami menguasai permainan, mengawal segenap penjuru, tapi hanya satu kesilapan membawa padah dengan jaringan mereka.
"Mereka datang untuk seri, kami pula cuba untuk menang. Amat susah
untuk menentang 10 pemain yang bertahan, tapi saya sangat puas hati
dengan persembahan kami."
Begitupun Moyes yang menyaksikan pasukannya dilanda krisis
kecederaan dan penggantungan, tetap mempertahankan strategi yang
digunakannya.
"Ia satu perlawanan yang sukar dan kami terpaksa turun di Anfield
dua kali dalam masa seminggu dan mencatat keputusan seri," kata Moyes.
- Agensi
No comments:
Post a Comment