Friday, January 23, 2009

Liverpool bincang penjualan RM2.98 bilion

LONDON - Pemilik bersama Liverpool, Tom Hicks dilaporkan mengadakan perbincangan dengan keluarga kaya dari Timur Tengah mengenai kemungkinan menjual kelab Liga Perdana itu pada harga 600 juta pound (RM2.98 bilion), dakwa akhbar Daily Telegraph dalam laman web mereka, kelmarin.

Perbincangan awal itu diadakan dengan keluarga Kuwaiti Al Kharafi, diketuai oleh Nasser Al Kharafi yang mempunyai harta bernilai 9 bilion pound (RM44.52 bilion) juga merupakan lelaki ke-48 terkaya di dunia.

Pinjaman Liverpool bernilai 350 juta pound (RM1.7 bilion) juga akan disambung kembali Julai ini dan sumber turut memberitahu pemilik bersama, Hicks dan George Gillett perlu bersetuju untuk mendapatkan pembeli baru.

Menurut laman web itu lagi, keluarga kaya itu terlibat dalam bidang pembinaan serta beberapa aktiviti lain dalam perbankan, katering dan pelancongan. - AFP

Ref: Utusan Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...