LIVERPOOL, England 26 Jan. — Steven Gerrard menyelamatkan Liverpool,
semalam untuk bermain satu perlawanan ulangan dengan satu gol penyamaan
bagi mengikat Everton 1-1 dalam perlawanan pusingan keempat bola sepak
Piala FA.
Pemain pertahanan, Joleon Lescott membawa Toffees mendahului di
Anfield dengan satu tandukan jarak dekat daripada sepakan sudut pada
minit ke-27.
Bagaimanapun Gerrard menyamakannya pada minit ke-54 dengan rembatan
rendah tetapi kuat selepas mendapat tolakan tumit penyerang Fernando
Torres yang membuka benteng Everton.
Dua pasukan berjiran itu turut seri 1-1 di Anfield dalam perlawanan Liga Perdana England, Isnin lalu. _ AP

No comments:
Post a Comment