Monday, January 26, 2009

Chelsea perlu benam Liverpool di Anfield






BALLACK tuntut semangat juang daripada
rakan sepasukan di Stamford Bridge.

LONDON - Michael Ballack menjelaskan bahawa Chelsea perlu menewaskan
Liverpool di Anfield Ahad ini sekiranya mahu terus memberi saingan
dalam perebutan Liga Perdana England.


Begitupun, dia memberi amaran bahawa skuad The Blues perlu
menamatkan badi malang mereka di gelanggang sendiri, Stamford Bridge
dengan kejayaan ke atas Middlesbrough awal pagi Khamis ini.


Dalam 11 perlawanan di Stamford Bridge musim ini, Chelsea tercicir 14 mata.


"Kami sedar bukan mudah untuk menang di Anfield, tetapi ia juga tidak mustahil dilakukan.


"Jika kami mahu kembali ke persada liga, kami perlu catat kemenangan. Pertemuan Rabu ini adalah fokus utama kami.


"Kami kehilangan terlalu banyak mata di tempat sendiri dan kami kena lebih berwaspada.


"Prestasi kami tidak begitu bagus ketika berdepan pasukan handal
yang lain. Ia perlu diubah jika kami mahu memenangi gelaran musim ini,"
kata Ballack.


Sekiranya Chelsea mahu meneruskan saingan dalam perebutan liga,
Ballack berkata, mereka perlu memperbaiki kelemahan khususnya menerusi set piece.


"Set piece adalah kelemahan kami buat masa sekarang. Ia situasi yang sukar.


"Kami perlu fokus, bertahan dengan lebih baik dan memperbaiki corak permainan kami," kata kapten Jerman itu. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...