Tuesday, January 27, 2009

Rentak Liverpool tidak terjejas








KUYT (depan) gagal memberi impak di Anfield.














WIGAN - Liverpool sedia melupakan krisis dalaman apabila berkunjung
ke Wigan pagi esok dengan harapan untuk meletakkan kembali misi mereka
menjuarai gelaran Liga Perdana England.


Keputusan seri 1-1 dengan Everton Ahad lalu sekali lagi mencetuskan
spekulasi baru mengenai masa depan penyerangnya, Robbie Keane di
Anfield.


Keane, 28, hanya beraksi satu perlawanan dalam Liga Perdana England
tahun ini dan sama ada dia diturunkan pada pertemuan di Stadium JJB
esok akan menjadi penentu kepada nasibnya bersama Liverpool.


Terdapat juga kesangsian terhadap Dirk Kuyt yang bakal menamatkan
kontraknya musim depan selain kontrak Daniel Agger yang akan berakhir
pada musim panas 2010.


Meskipun Agger menafikan dia akan berhijrah ke AC Milan, pemain antarabangsa Denmark itu bagaimanapun mendedahkan bahawa pegawai The Reds masih belum lagi memulakan perbincangan mengenai kontrak barunya di Anfield.


"Ia terpulang kepada Liverpool sekarang," kata Agger.


"Saya masih belum mendengar sebarang berita daripada kelab ini sejak awal November lalu.


"Tiada sebab untuk menetapkan jangkaan yang terlalu tinggi ketika
ini. Secara jujurnya, saya tidak tahu sama ada mereka akan menawarkan
kontrak baru kepada saya."


Benitez sedar pasukannya mesti memperbaiki prestasi semasa mereka
yang mana menyaksikan mereka tercicir empat mata dalam dua perlawanan
terakhir ketika seri dengan Stoke dan Everton. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...