Thursday, January 22, 2009

Skuad simpanan taruhan Benitez

Skuad simpanan taruhan Benitez











LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez bersedia memperjudikan
peluang anak buahnya dalam kempen Piala FA apabila menurunkan pasukan
simpanan pada aksi menentang Everton Ahad ini.


The Reds ketika ini masih lagi dibayangi kegagalan meraih tiga mata
penuh selepas sekadar terikat 1-1 dengan kelab jirannya itu pada aksi
Liga Perdana England di Anfield Isnin lepas.


"Kami mungkin terpaksa menurunkan pemain yang berbeza pada pertemuan
kempen piala dengan Everton Ahad ini," kata Benitez yang akan
merehatkan beberapa tonggak utamanya termasuk kapten, Steven Gerrard (gambar).


"Keputusan ini sangat perlu kerana kami mempunyai dua perlawanan penting iaitu di Wigan dan kemudian dengan Chelsea di Anfield."


Begitupun, Benitez tetap optimis dengan kemampuan anak buahnya
membenam Everton lebih-lebih lagi dengan kehadiran Fernando Torres.


"Saya amat bangga dengan aksi Fernando Isnin lepas," kata Benitez.


"Bukan mudah untuk bermain dalam pertemuan dua kelab berjiran kerana
ia pastinya tegang. Dia agak keletihan pada hujung permainan, tapi dia
menjalankan tugasnya dengan baik.


"Dia semakin hampir dengan kecergasan sepenuhnya. Kini dia perlu lebih banyak bermain untuk kembali cergas," tambahnya. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...