WIGAN - Rafael Benitez (gambar) mengakui Liverpool perlu
memperbaiki prestasi mereka secepat mungkin selepas kelab itu mengalami
satu lagi tamparan dalam misi mengejar kejuaraan Liga Perdana England.
Selepas memulakan kempen tahun ini sebagai pendahulu liga, Liverpool
kini ketinggalan dua mata di belakang Manchester United selepas sekadar
mencatat keputu- san seri 1-1 dengan Wigan kelmarin.
Lebih memeritkan lagi, skuad The Reds itu kini tercicir di tangga ketiga liga, ketinggalan di belakang Chelsea menerusi perbezaan jari- ngan.
Pada aksi di Stadium JJB kelmarin, Liverpool berpeluang meraih tiga
mata penuh selepas mendahului pada minit ke-41 menerusi jaringan Yossi
Benayoun.
Begitupun, jaringan penalti penyerang Mesir, Mido tujuh minit
sebelum tamat permainan memusnahkan harapan Benitez untuk mengutip mata
penuh.
Menjelang pertemuan penting dengan pencabar utama, Chelsea di
Anfield Ahad ini, Benitez sedar pemainnya perlu meningkatkan lagi
permainan mereka selepas mencatat tujuh keputusan seri daripada 10
perlawanan.
"Apabila kamu berada di puncak liga, kamu sedar setiap perlawanan adalah penting," kata Benitez dengan nada kecewa.
"Ia satu perlawanan yang sangat penting bagi kami Ahad ini. Kami sedar kami perlu memperbaiki lagi corak permainan."
Benitez juga kurang gembira apabila melihat pemainnya tidak menerima perlindungan yang lebih daripada pegawai perlawanan.
"Aksi babak kedua sangat gila. Mereka (Wigan) bermain dengan kasar seperti orang gila," tambahnya. - AFP
No comments:
Post a Comment