Ferguson mula tunjuk taring
LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson terus melancarkan perang psikologi ke atas seteru utamanya dari Liverpool, Rafael Benitez.
Terbaru, Ferguson memberi amaran kepada Benitez bahawa skuad kendaliannya akan merampas takhta pendahulu Liga Perdana England Sabtu ini biarpun tanpa kehadiran Wayne Rooney.
Juara bertahan itu mengekori rapat dua mata di belakang Liverpool selepas menang 1-0 ke atas Wigan hasil jaringan Rooney pada awal permainan di Old Trafford kelmarin.
Penyerang England itu bagaimana dikeluarkan beberapa minit kemudian selepas mengalami hamstring, sekali gus menyaksikan dia bakal berehat sekurang-kurangnya tiga minggu.
"Berada di tangga teratas adalah matlamat kami dan kini kami boleh melakukannya Sabtu ini (esok)," kata Fergie.
Pengurus Red Devils itu telah pun kehilangan Rio Ferdinand dan Patrice Evra dan kini berasa bimbang akan kehilangan beberapa lagi pemain pada kunjungan ke Bolton esok.
Bagaimanapun, Ferguson tetap gembira melihat kejayaan anak buahnya yang mula merapatkan jurang dengan skuad Benitez sejak beberapa minggu lalu.
"Dari pengalaman saya, kamu tidak akan kisah apabila dalam prestasi terbaik. Namun Wayne mengalami hamstring.
Namun saya lebih bimbangkan tugas kami dalam tiga minggu ini.
"Carlos Tevez cedera pada babak kedua, begitu juga dengan Jonny Evans, Paul Scholes dan Cristiano Ronaldo.
"Semua pemain malam ini (kelmarin) ada mengalami kecederaan, tapi ia satu keputusan penting bagi kami. Ini sudah cukup membuktikan karakter pasukan ini," tambahnya. - Agensi
No comments:
Post a Comment