News collections of Liverpool activities local and international. Most of the news collected locally from Berita Harian, Harian Metro, KOSMO!, Utusan Malaysia, Bernama and some other local news.
MANCHESTER, England - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mencabar pemain-pemainnya untuk menguji Manchester United yang kelihatan semakin gementar dengan menang kesemua baki sembilan perlawanan Liga Perdana England musim ini.
Sambil menyifatkan dirinya optimis namun realitistik, Benitez mahu anak-anak buahnya mengambil kesempatan daripada peluang kemungkinan United boleh disingkirkan daripada puncak liga.
"Kami bermain lebih baik musim ini tetapi tidak ketika bertemu pasukan yang berkualiti seperti United.
"Namun menewaskan United dan Real Madrid yang hebat dalam masa seminggu dan menjaringkan empat gol sudah tentu ia sesuatu yang menakjubkan.
"Tetapi saya akui, memenangi kejuaraan liga sebenarnya lebih bermakna. Menang dalam perlawanan semalam seperti kita menang bertempur tetapi jika juara liga, kita menang peperangan yang saya kira lebih penting," katanya.
Walaupun Liverpool menang 4-1 di Old Trafford namun United masih kekal di puncak liga dengan kelebihan empat mata malah memiliki kurang satu perlawanan pula.
Ketika ini kata Benitez, mereka hanya boleh berharap agar United mengalami kekalahan dalam baki 10 perlawanan untuk tempoh dua bulan akan datang.
Apa pun, dalam waktu sama katanya, Liverpool perlu terus mencatat kemenangan dalam baki sembilan perlawanan mereka untuk merangkul kejuaraan liga yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1990.
"Semuanya kini bergantung kepada United. Mereka perlu elak daripada kalah manakala kami perlu menang kesemuanya.
"Saya akui kualiti dan kekuatan yang dimiliki United. Cuma tugas kami sekarang ialah menang dan terus menang," tegasnya.
Dalam laluan ke penghujung musim nanti, United bakal bertemu Aston Villa, Manchester City dan Arsenal yang memang dianggap Benitez boleh mencicirkan beberapa mata. - AFP
No comments:
Post a Comment