Saturday, March 28, 2009

Red Devils mampu pintas rekod Liverpool (Harap-harap tidak)



FERGUSON telah 
membimbing United meraih 10 kejuaraan Liga Perdana England.

MANCHESTER - Darren Ferguson, anak kepada pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya bapanya itu akan mengecap kepuasan sehinggalah skuadRed Devils berjaya memintas rekod 18 kejuaraan Liga Perdana England milik Liverpool.

"Tahap kesihatannya masih baik dan dia telah membina sebuah pasukan baru.

"Jika mereka (United) muncul juara musim ini, mereka akan menyamai rekod kejuaraan terbanyak milik Liverpool.

"Saya yakin mereka mampu melakukannya musim ini dan juga pada musim depan, sekali gus memintas rekod Liverpool," kata Darren yang kini membimbing kelab Peterborough.

United kini dalam misi menyamai rekod 18 kejuaraan milik Liverpool selepas skuad Red Devils itu telah merekodkan 17 gelaran liga domestik.

Sementara itu, bek kiri United, Patrice Evra bertekad mahu bangkit selepas pasukannya tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Liverpool dan Fulham.

"Saya berada di sini sudah tiga tahun dan ini pertama kali saya merasai kekalahan dua perlawanan berturut-turut. Saya yakin ini hanyalah masalah kecil," kata Evra. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...