Thursday, March 26, 2009

Hanya The Reds tetap bertakhta di hati Gerrard



GERRARD

WATFORD - "Saya akan bersama Liverpool sepanjang hidup."

Itu jaminan daripada Steven Gerrard yang mahu terus menyumbang bakti selama mana yang mungkin di Anfield.

Kapten Liverpool itu kini dalam prestasi terbaik bagi membantu The Redsmemburu kejuaraan Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

Prestasinya itu telah menarik perhatian kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid bagi mendapatkan khidmatnya musim depan.

Namun, Gerrard berkata, dia sudah bersedia untuk menandatangani kontrak baru dengan Liverpool, sekali gus bakal menyaksikan pemain tengah England itu akan terus bersama The Reds untuk satu tempoh yang panjang.

"Kontrak saya hanya tinggal dua tahun. Jika ada peluang untuk melanjutkannya, sudah tentu saya akan melakukannya," kata Gerrard.

Sebelum ini, pengurus Liverpool, Rafael Benitez telah menandatangani kontrak baru selama lima tahun seterusnya menamatkan spekulasi berhubung masa depan pengendali dari Sepanyol itu.

"Saya tidak pernah bersama gembira seperti pada masa ini sepanjang karier saya.

"Saya beraksi dengan pasukan terbaik di dunia dengan barisan pemain bertaraf dunia. Saya yakin, selepas pengurus menyambung kontraknya itu, kami bakal mencapai kejayaan," jelas Gerrard.

Tambah Gerrard, beberapa tahun lalu, mereka tidak merasai bahang persaingan merebut takhta kejuaraan liga kerana Liverpool tidak berada dalam kelompok pasukan teratas.

"Tetapi buat masa ini, saya beraksi dengan sebuah pasukan yang berkemampuan untuk menewaskan sesiapa saja dalam saingan liga," katanya. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...