LONDON - Kapten Liverpool, Steven Gerrard sudah mula melaungkan amaran kepada kelab handalan Eropah.
Ia berikutan kejayaan Liverpool mara ke saingan suku akhir Liga
Juara-Juara selepas membenam Real Madrid menerusi kemenangan agregat
5-0.
Pada aksi kedua, pusingan kalah mati di Anfield kelmarin, Gerrard
meledak dua gol bagi membantu Liverpool menang 4-0 ke atas kelab
gergasi Sepanyol itu.
Paling membanggakan, dua gol tersebut menyaksikan Gerrard kini telah merekodkan 100 gol dalam kempen Liga Juara-Juara.
"Aksi hari ini (kelmarin) adalah cukup hebat seperti aksi yang kami pamerkan sepanjang musim ini," kata perancang England itu.
"Kami bermain dengan hebat dan berjaya melaksanakan tugas dengan baik pada babak pertama.
"Babak kedua kami hanya perlu menyudahkan permainan ini, tapi kami dapat juga menjaringkan dua gol. Semua pemain puas hati.
"Saya tidak kisah dengan statistik peribadi, apa yang penting ialah kami mencatat kemenangan dalam perlawanan ini."
Penyerang Liverpool, Fernando Torres yang disahkan cergas beberapa
jam sebelum sepak mula, menjaringkan gol pertama Liverpool pada minit
ke-16.
Gerrard menambah dua lagi gol masing-masing pada minit ke-28 dan 47
sebelum pemain pertahanan, Andrea Dossena meledak gol keempat Liverpool
dua minit sebelum perlawanan tamat.
"Turun menentang Real adalah sangat penting bagi saya kerana sejarah
saya bersama Atletico Madrid. Saya sanggup menahan kesakitan," kata
Torres.
"Sudah tentu gol itu sangat penting bagi saya dan juga buat peminat Liverpool. Ia sangat bermakna bagi mereka." - Agensi
No comments:
Post a Comment