Komen aku: Inilah sejarah yang paling menarik dalam EPL kerana buat pertama kali dalam Pertembungan MU vs Liverpool apabila MU dimalukan oleh Liverpool di laman MU sendiri.. Go! Go! Liverpool..
LONDON - Pertama Real Madrid dan kedua Manchester United. Kini, Liverpool menanti cabaran daripada pasukan utama Eropah yang lain untuk menguji kehebatan sebenar.
Rabu lalu, Liverpool mencuri tumpuan apabila membelasah juara Eropah sembilan kali, Real Madrid 4-0 di Anfield dalam kempen Liga Juara-Juara.
Tiga hari kemudian, giliran United pula menjadi mangsa kebangkitan skuad The Reds itu apabila mereka menang 4-1 di Old Trafford.
Bagi pengurus Liverpool, Rafael Benitez, dia sedia memberi amaran kepada semua pengurus dan jurulatih bahawa anak buahnya kini mampu menewaskan mana-mana pasukan.
"Kami berjaya menewaskan Real Madrid dan Manchester United pada minggu yang sama. Lebih menarik lagi, kejayaan itu hadir dengan jumlah jaringan yang cukup besar," jelas Benitez.
Kemenangan ke atas United kelmarin dianggap kemenangan paling bersejarah dalam bola sepak England musim ini berdasarkan reputasi United selaku tuan rumah, juara bertahan dan pendahulu liga.
"Andai kami boleh menewaskan dua pasukan gergasi Eropah itu, maka kami juga boleh menewaskan mana-mana pasukan yang lain.
"Secara realistik kami boleh memenangi semua perlawanan. Kita memiliki keupayaan dan keyakinan diri. Meskipun ia agak sukar, namun kita akan mencuba melakukannya," tambahnya.
Untuk rekod, Liverpool turut berjaya menewaskan United pada aksi pusingan pertama liga di gelanggang sendiri awal musim ini.
Begitupun, Benitez masih belum pasti mengenai peluang anak buahnya dalam misi merangkul gelaran liga pertama sejak tahun 1990.
"Ia kini bergantung kepada United. Kami perlu memenangi semua baki perlawanan musim ini dan mengharapkan ada mana-mana pasukan yang berjaya menewaskan United. Itu realiti sebenar mengenai peluang kami.
"Kami sedar kualiti dan kekuatan yang ada pada United, jadi kami perlu meneruskan rentak sebegini tanpa keciciran mata," ujarnya. " - Agensi
No comments:
Post a Comment